Video Ngeri Mekanik Parah Ditetak 4 Lelaki Dengan Kejam
Petaling Jaya – Seorang mekanik motosikal parah selepas
ditetak sekumpulan empat lelaki di depan sebuah kedai simulator di Jalan
Kampung Paya, Butterworth awal pagi Khamis.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, mangsa yang berusia
40 tahun dikatakan baru keluar dari premis berkenaan bersama rakannya yang
berumur 21 tahun sebelum menaiki motosikal masing-masing.
Bagaimanapun ketika mereka ingin meninggalkan kawasan
tersebut, terdapat sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hijau yang dinaiki lima
lelaki telah merempuh motosikal tersebut sehingga kedua-duanya terjatuh.
Difahamkan, empat lelaki bersenjatakan parang yang keluar
dari kereta itu kemudian mengejar mangsa dan menetaknya.
Akibat tetakan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di
kedua-dua belah tangan dan kaki.
Rakan mangsa berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengalami
kecederaan selepas sempat melarikan diri.
Mangsa yang tinggal di Air Tawar kini sedang dirawat di Hospital
Seberang Jaya. – mStar
Ulasan
Catat Ulasan