Terkejut Lihat Isi Perut Ular

Penduduk di sebuah kampung Nigeria telah membunuh seekor ular besar yang di curigai telah memakan haiwan ternakan penduduk setempat.

Dakwaan tersebut muncul selepas melihat perut ular itu yang sangat besar. Penduduk kampung yang menangkapnya memutuskan untuk membedahnya, namun apa yang mereka temui tidak sama dengan apa yang di sangkakan

Ternyata perut ular itu membesar disebabkan bunting, orang awam ternganga melihat telur-telur tersusun dengan jumlah ratusan didalam perut ular itu.

Namun penduduk setempat tidak membuangnya, malah mereka menganggapnya sebagai rezeki yang akan di jadikan lauk makan malam memandangkan telur susah di dapati di perkampungan itu.

Dipetik dari Daily Mail, ramai netizen bersimpati terhadap ular tersebut terutama nasib telur-telur ular sepanjang 6 meter lebih itu.

Mengikut laporan, ular berkenaan merupakan sejenis ular Sawa Batu Afrika, ular jenis ini dikatakan adalah ular paling besar di benua itu.

Haiwan ini tidak berbisa dan membunuh sama seperti ular anaconda iaitu melilit dan menelan. Ular Sawa Batu Afrika hidup dengan memakan berbagai jenis mangsa seperti tikus, haiwan ternakan, anjing, kucing, macan, cheetah dan singa juga tidak terlepas menjadi mangsa ular jenis ini.


Penduduk setempat juga pernah menyaksikan ular jenis ini menelan buaya. namun belum pernah direkodkan setakat ini menelan manusia di kawasan itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja