Suami Pijak Kepala Isteri Hingga Maut Depan Anak-Anak.
Hanya kerana
tak tahan terus dihina dan dibebel isteri, seorang suami Syafrizal 47 tahun gelap mata
membelasah isterinya sendiri Syafrida 40 tahun hingga maut, lebih memilukan kekerasan
rumah tangga itu berlaku didepan 3 anaknya sendiri yang berumur 2 ke 10 tahun.
Dalam kejadian yang berlaku di kepulauan Batam, Riau beberapa hari lalu. Anaknya yang paling besar berkata bahawa ayahnya itu telah memukul dan
meyepak ibunya, tidak hanya itu bapanya juga memijak kepala ibunya hingga maut ditempat kejadian.
Selepas mendapati isterinya maut, Syafrizal melarikan diri
sebelum berjaya ditahan polis dua hari selepas kejadian.
Menurut hasil bedah siasat mangsa mengalami pendarahan dalaman
otak yang teruk sehingga mengakibatkan telinga, mulut dan hidungnya mengeluarkan
darah.
Bagaimanapun pada hari ini Syafrizal menyesal dan
mengaku membunuh isterinya kerana kesal dia selalu dihina di depan anak-anaknya.
“Dia kerap hina saya, dikatakan bodoh di depan anak, harusnya
di depan anak cakap yang baik-baik”kata Syafrizal.
Syafrizal menjelaskan dakwaan media sebelum ini yang
mengatakan bahawa dia kerap memukul
isterinya, katanya setiap pergaduhan yang berlaku isterinya yang selalu memulakannya terlebih dahulu, pada malam kejadian isterinya itu menuduhnya gagal dalam
mendidik anak-anak dan memenuhi keperluan hidup mereka.
“Anak yang nakal saya yang disalahkan, seharusnya sebagai
seorang isteri mencari penyelesaian serta berbincang dengan suami dan bukannya menuduh suami
bodoh”katanya singkat.
Bagaimanapun Syafrizal mengaku tak menyangka pergaduhan itu
telah menyebabkan isterinya meninggal dunia, yang bermula dari masalah anak yang
malas belajar.
“Malam itu isteri menolak apabila saya suruh dia mengurus
anak belajar, anak saya yang satu itu otaknya memang agak lemah, saya meminta kepada isteri untuk memberikan
meja belajar yang saya belikan dua hari lepas, tapi isteri kata dia sudah
menjualnya, dan dia menuduh anak saya bodoh disebabkan bapanya bodoh dan tak
mampu memenuhi keperluan anak”katanya tertunduk menahan sayu.
Syafrizal juga mengaku menyesal dengan perbuatannya. Oleh sebab kejadian itu, ketiga-tiga anaknya terpaksa kehilangan kasih sayang seorang ibu.
Mengulas hal anaknya kini terpaksa dijaga oleh adik
perempuan isterinya, dalam keterangan itu Syafrizal juga berpesan kepada ketiga-tiga anaknya agar rajin-rajin belajar selama dia dalam proses penghukuman yang
bermula hari ini.-Eberita
Ulasan
Catat Ulasan