Gambar Bogel Timbalan Menteri Wanita Tersebar.
Ukraine – Kerajaan Ukraine mempertahankan tindakan melantik
Anastasia Deeva sebagai Timbalan Menteri Dalam Negerinya meskipun gambar lucah
wanita itu, dalam keadaan bogel telah disebarkan di media sosial.
Gambar menjolok mata Anastasia, 24, telah mencetuskan skandal
di negara berkenaan dengan ada antara gambar terbabit mendedahkan payu daranya.
Sebelum ini pelantikannya sebagai Timbalan Menteri yang
bertanggungjawab ke atas integrasi Eropah, juga telah mencetuskan kemarahan
ramai disebabkan usianya yang terlalu muda.
Menurut rakan-rakan Anastasia, dia merupakan peminat pereka
fesyen Stella Mccartney.
Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri telah mempertahankan
keputusan mereka melantik Anastasia sebagai timbalannya dan mendakwa gambar
berkenaan adalah palsu serta bermotifkan politik.
“Saya mengenali Anastasia secara peribadi. Tugasnya adalah
membantu menteri, melakukan perkara untuk menyokong Amerika, Jepun dan negara
lain, bagi membantu kita melakukan pembaharuan, bukan mengurangkan sebaliknya
menambah pengetahuan, pengalaman dan karisma,” kata penasihat kepada Menteri
Dalam Negeri, Anton Gerashchenko.
Bagaimanapun terdapat laporan Anastasia telah menipu dalam
CV bahawa dia mempunyai pengalaman selama 10 tahun sedangkan jika dikira
usianya, ia menunjukkan Anastasia mula bekerja sejak usia 14 tahun.
Anastasia pernah bekerja sebagai pembantu kepada penasihat
bekas presiden, Leonid Kozhara antara 2013 dan 2014.
Dia telah menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan
bersekolah di Manchester dan fasih dalam bahasa Inggeris serta Perancis.
Suami Anastasia, Grogory Deev, 33, yang juga pemilik agensi
pengiklanan enggan mengulas mengenai gambar berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan