Video Wanita Ditumbuk Bertubi-Tubi Kerana Tegur Larang Merokok.
Seorang ibu dan anaknya menempuh detik cemas apabila
diserang oleh seorang lelaki di dalam sebuah lif di Langfang, wilayah Hebei,
China.
Aksi serangan ganas itu hanya kerana satu teguran terhadap
suspek yang merokok kebetulan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang
terdapat di dalam lif berkenaan.
Suspek kejadian adalah seorang lelaki berpakaian kemas
lengkap dengan kot dirakam melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah mangsa;
seorang wanita di bahagian kepala.
Menerusi video berdurasi dua minit lebih itu, mangsa dilihat
cuba pertahankan diri dari serangan suspek dengan menghentakkan tas tangan
namun tidak berjaya apabila suspek dengan agresifnya membalas balik serangan
itu.
Difahamkan, mangsa menjadi serangan baran suspek tidak
dikenalinya itu apabila dia bertindak menegurnya kerana cuba menghisap rokok di
dalam lif tersebut.
Mangsa dilihat cuba merakam wajah suspek dengan menggunakan
telefon bimbitnya namun suspek terlebih dahulu melangkah keluar dari lif berkenaan
setelah pintu terbuka.
Kelibat suspek meninggalkan bangunan tempat kejadian turut
dirakam oleh CCTV yang berada di kawasan sekitar.
Sejurus insiden itu, mangsa terus membuat laporan di balai
polis berhampiran dan siasatan untuk mengesan suspek segera dijalankan oleh
pihak polis.
Ulasan
Catat Ulasan