Video SPRM Nafi Pegawainya Pukul Anggota Polis
Polis menegaskan mereka yang kelihatan dalam
rakaman video pergaduhan di sebuah stesen minyak adalah anggota polis atau
pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang diviralkan.
Dalam rakaman video 39 saat itu, seorang lelaki berkemeja T
hitam bertulis 'PDRM' dibelasah di sebuah stesen minyak yang tidak dinyatakan
lokasinya.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, semakan mendapati lelaki itu
adalah orang awam yang menyamar sebagai anggota polis.
"Dia pernah terbabit dalam kes curi motosikal di
Kuantan, Pahang, September lalu.
"Pada 5 Oktober lalu, lelaki itu ditangkap orang awam
di Rawang, Selangor, sebelum diserahkan kepada polis," katanya dalam
kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kejadian itu tidak membabitkan mana-mana
pegawai SPRM seperti didakwa.
"PDRM memandang serius berita palsu yang disebarkan ini
kerana ia menjejaskan hubungan baik antara agensi kerajaan.
"Penyebaran video itu boleh mencalar kredibiliti PDRM
dan SPRM serta menjejaskan keyakinan masyarakat," katanya.- Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan