Video Rompakan Berparang Jadi Viral.
Petaling Jaya – Dua video seorang wanita didakwa disamun
oleh seorang perompak bersenjata di Ara Damansara di sini menjadi viral di
media sosial dan aplikasi mesej.
Video berdurasi masing-masing satu minit dan 15 saat, dan 35
saat dengan tarikh dan waktu tertera di sebelah atas kanan rakaman, menunjukkan
insiden tersebut berlaku pada pukul 3.40 pagi 5 Oktober.
Ia menunjukkan sebuah kereta Myvi biru di pintu berpalang
apabila sebuah kereta putih muncul dan berhenti di belakangnya.
Seorang lelaki berpakaian kemeja-T hitam dan berseluar
pendek kelabu kemudian keluar secara tiba-tiba dari kereta putih sambil membawa
parang.
Menerusi satu lagi
klip video, penyerang itu dilihat berlari ke arah seseorang dipercayai
penumpang yang keluar dari kereta biru itu.
Penyerang itu didakwa dilihat mengelar tangan wanita itu
bagi mendapatkan beg.
Dalam pada itu, kereta Myvi berkenaan dilihat secara
perlahan memecah pintu palang tersebut. – mStar
Ulasan
Catat Ulasan