Video Pasangan Kekasih Dicekup Berkhalwat.
Tiga pasangan kekasih dicekup berkhalwat oleh
sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam serbuan
di hotel bajet di Jalan Lencong Barat di sini, hari ini.
Dalam serbuan bermula 12.30 tengah malam tadi, tiga pasangan
terbabit berusia antara 24 hingga 49 tahun itu dicekup dalam bilik berasingan
berdasarkan pemeriksaan di hotel berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguatkuasa
Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman berkata, operasi itu adalah
ops biasa yang dijalankan untuk membanteras kegiatan maksiat di bandar raya
ini.
Beliau berkata, kebanyakan yang ditahan memberi pelbagai
alasan untuk melepaskan diri malah ada di kalangan mereka mengaku mengenali
pasangan melalui laman sosial.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk dibuat
laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh
didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya
sekali," katanya.-Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan