Mahkamah Kekal Perintah Beku 3 Akaun Bapa Saudara Aqila Dan Amira

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur pada Jumaat mengekalkan perintah ex parte (sebelah pihak) untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara anak mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tahun lalu.

Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz memutuskan demikian selepas menolak permohonan Hamlizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Mei lalu bagi membekukan sementara akaun mereka.

Pada 19 Mei lalu, ibu saudara dua kanak-kanak itu, Yusnidah Husain, 48, berjaya mendapatkan perintah membekukan akaun milik adik-adiknya itu.

Sementara itu, dua bulan kemudian iaitu pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf pula memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah berkenaan, memetik Utusan Online.

Dalam kejadian 2 Mei tahun lalu di Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak mereka, Nur Firuza Annisa yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri maj­lis perkahwinan di Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka.

Pasangan berkenaan meninggalkan meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila; bergelar anak yatim piatu yang kini dijaga oleh Yusnidah.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja