Lelaki Potong Kemaluan Sendiri Selepas Keluarga Desak Kahwin Lagi.
Gambar Hiasan |
Lelaki yang sudah berkahwin berkenaan dikejarkan ke hospital
oleh saudara lelakinya, bersama-sama organ yang dipotong itu.
Kejadian berlaku sembilan hari lalu.
Perunding dan Ketua Jabatan Urulogi Hospital Al Qasimi, Dr
Younis Al Shamsi, yang melakukan pembedahan tiga jam, berkata organ berkenaan
berjaya dicantum semula.
Menceritakan kes itu, Dr Al Shamsi berkata, lelaki berkata
yang semakin pulih berkemungkinan menghidap masalah mental yang mendorong
beliau bertindak demikian.
Dr Al Shamsi berkata, kejadian berlaku apabila ibu bapa
lelaki itu memaksa beliau berkahwin lagi walaupun sudah mempunyai isteri yang
menetap di negara asal mereka.
Apabila keluarganya terus memaksanya, dalam keadaan marah,
lelaki itu mengambil pisau dan memotong kemaluan sendiri.
Pada awalnya, beliau enggan menjalani pembedahan tetapi
bersetuju selepas dipujuk doktor dan saudara lelakinya.
Kejadian dilaporkan kepada polis Sharjah dan beliau dijangka
disoal siasat selepas dibenarkan meninggalkan hospital. – Suara.TV
Ulasan
Catat Ulasan