Fakta Tersembunyi Dibalik Penemuan 4 Mayat Berulat Di Bachok Kelantan.
Misteri penemuan 4 mayat berulat tidak dikenali petang semalam di
Kampung Tanjung Hilir, Bachok kelantan akibat dibunuh kini menjadi teka teki
yang masih belum terpecahkan,siapakah mereka!
Sebelumnya dimaklumkan ke 4 mangsa dibunuh dengan modus
operandi sama yakni Muka ditekup dengan plastik, ditikam dengan senjata tajam
di dada dan perut sebelum dicampak ke semak.
Berdasarkan kesan calar di bahagian badan mangsa dipercayai
berlaku pergaduhan sebelum mangsa dibunuh oleh lebih dari seorang suspek.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman
Ismail yang berada di tempat kejadian.
Berkait penemuan
mayat ini ada fakta yang mungkin memiliki kaitan dengan penemuan mayat mereput
berkenan,Pada 26.10.2016 lalu Seorang Penyelia tapak bermana Muhammad Hazazi
Bin Roslan 25 yang berasal dari Taman Bukit Kuang Sejahtera Kemaman, Terengganu
.menerima satu aduan dari pekerjanya warga indonesia memberitahu bahawa 4 orang
pekerja yang merupakan warga negara Myanmar Telah dibawa lari oleh sekumpulan
lelaki bertopeng dengan jumlah lebih kurang 7 ke 9 orang.
Kejadian itu berlaku di rumah Hostel mangsa dan saksi di PT
467 blk 7B Jalan Kuala Krai Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjung Kg Tunjung
Mulung Kelantan pada 25/10/16 jam lebih kurang 11.00 malam.
Menurut saksi mata, seorang mangsa lelaki warga Myanmar
telah keluar dari rumahnya pada jam 9.00 malam dan pergi ke kedai.
Pada jam 11.00 malam mangsa pulang kerumah dengan dua lelaki
bertopeng salah seorang darinya
meletakkan pisau dileher mangsa.
Di dalam rumah berkenan ada empat lelaki warga myanmar dan 7
lelaki warga indonesia,saksi berkata,setelah dua orang bertepeng itu dan mangsa
masuk kedalam rumah,salah seorangnya menjerit,’siapa buddist? Mana lagi
buddist?’ Sebanyak beberapa kali sambil mengacukan pisau ke arah saksi dan mangsa
yang lain.
Selepas itu datang lagi 5 lelaki bertopeng dan terus bergelut dengan mangsa. Sebelum
saspek keluar rumah membawa ke 4 mangsa, salah seorang saspek mengugut dan
memberitahu saksi untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Kemudian mangsa dibawa keluar oleh saspek menaiki van
berwarna putih dan no pendaftaran tidak pasti serta terus beredar ke arah jalan
besar.
Berikut adalah identiti 4 mangsa warganegara Myamar yang di
culik.
1) Maung Maung Soe
T/Lahir: 04.08.1985
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Monywa Myanmar
2)Thet Naing Soe
T/Lahir: 10.11.1994
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Tatkon Moha,Yangon
3) Thet Naing Win
T/Lahir: 13.11.1986
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Tatkon Moha,Yangon
4) Min Zaw Lwn
Umur: lewat 20-an
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Myanmar.
Siasatan pihak polis di tempat kejadian.
1.Tempat kejadian merupakan asrama beralamat di PT 467 blk
7B Tingkat 3, Jalan Kuala Krai Pusat Perniagan Bandar Baru Tunjung Mulung
Kelantan.
2. Di dalam bilik tersebut terdapat 6 katil dua tingkat yang
didiami pekerja pengadu iaitu tujuh
orang warga indonesia dan empat orang warga Myanmar.
3.Dijumpai dua sarung pisau bertanda harga Pasaraya DZ Smart
4. Siasatan di DZ Smart pada rakaman CCTV bertarikh
25.10.2016 jam 2127hrs terdapat kelibat dua lelaki membuat bayaran barangan
dapur termasuk pisau dikaunter.-Eberita.org
Ulasan
Catat Ulasan