Tip Untuk Wanita, Nak Bibir Kemerah-Merahan Tanpa Perlu Pakai Lipstick, Boleh Cuba Cara Ini.
Bibir hitam kebiasaanya dikaitkan dengan tabiat merokok.
Nikotin yang terdapat di dalam rokok dikatakan punca bibir berubah warna
menjadi kehitam-hitaman. Namun, tak semua yang berbibir hitam disebabkan
merokok.
Buat anda yang menghadapi masalah ini, bolehlah cuba cara
berikut. Lepas ni tak perlu pakai lipstick tebal-tebal lagi. Selamat mencuba!
1. Kurangkan pengambilan kopi
Elakkan dari minum kopi atau teh secara berlebihan. Ianya
bukan hanya menjadikan bibir anda hitam malah ia juga akan menjadikan gigi anda
kuning.
2. Kurangkan dari terkena pancaran matahari yang terik
Sapukan produk penjagaan bibir sebelum keluar rumah.
3. Jenis lipstick yang digunakan
Sebaiknya gunakan lipstick yang mengandungi butter, shea
butter, minyak jojoba atau vitamin E kerana ia membantu anda melembabkan bibir
serta melindungi bibir.
4. Gunakan Makeup Remover yang berkualiti
Pastikan anda menggunakan lip makeup remover yang berkualiti
bagi mencegah dari bibi anda kering.
5. Buat skrub bibir sendiri
Letak sedikit pada berus gigi anda dan gosok berus tersebut
secara perlahan pada bibir.
Cara ini dapat membuang sel-sel mati yang rosak atau kering
daripada bibir.
6. Minum air
Minum air secukupnya untuk memastikan kulit anda sentiasa
lembap dan tidka kering. Apabila kulit kering, bibir akan menjadi kering dan
hitam.
7. Urut bibir anda sekerap yang mungkin
Bibir yang selalu diurut akan kekal merah. Ambil satu kiub
ais dan letak dalam kain lembut. Urut selama 5 minit, setiap hari.
8. Elak Air Berklorin
Bilas bibir dengan bersih selepas anda pergi berenang kerana
klorin juga bertindak mengurangkan pigmentasi dalam bibir.-Sumber: Sirap Limau
Ulasan
Catat Ulasan