Lelaki Putus Tunang Akibat Harian Metro Siarkan Gambar Dirinya Sebagai Penjenayah.
SEORANG lelaki mendakwa telah putus tunang, hampir dibuang
kerja serta keluarganya menerima kecaman akibat gambar dirinya digunakan oleh
Akhbar Harian Metro sebagai seorang penjenayah.
Dalam laporan berita jenayah di Metro Ahad bertajuk
"Mizan Gemuk Diburu", gambar Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman difahamkan
telah ditulis sebagai "suspek utama cuba merempuh anggota polis yang
mengejarnya".
Namun beliau menafikan sebarang kaitan dirinya dengan berita tersebut.
Namun beliau menafikan sebarang kaitan dirinya dengan berita tersebut.
Merujuk salinan laporan Polis yang ditunjukkan kepada
EdisiRakyat.com, Ku mula menyedari perkara tersebut selepas dihubungi oleh
salah seorang rakannya bernama Nebi Habul B Yusman melalui aplikasi Facebook
messengger.
Ku kemudiannya pergi mendapatkan naskhah akhbar Metro Ahad yang bertarikh 25 September 2016.
Ku kemudiannya pergi mendapatkan naskhah akhbar Metro Ahad yang bertarikh 25 September 2016.
Beliau mendapati paparan berita bertulis "Polis cari
anggota Geng Rizal Kundang bolos ketika dikejar" ditulis oleh Fardi Bungga
dan Faliq Lajim (am@hmetro.com.my) pada halaman enam telah menggunakan
gambarnya dengan tulisan tertera dirinya sebagai "Suspek utama cuba merempuh
anggota polis yang mengejarnya".
Ku yang menetap di Pulau Pinang, turut melahirkan rasa tidak
puas hati di dalam laporan itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang
terhadap pihak yang berkenaan.
Beliau yang mendakwa dirinya mengalami trauma yang teruk akibat laporan itu, mahu pihak Harian Metro memperbetulkan kesilapan tersebut. — EdisiRakyat.com
Beliau yang mendakwa dirinya mengalami trauma yang teruk akibat laporan itu, mahu pihak Harian Metro memperbetulkan kesilapan tersebut. — EdisiRakyat.com
Ulasan
Catat Ulasan