Komen Pedas Buat Bekas Suami Selepas Tonton Video 'Nadia Nordin".

Isu suami curang bukanlah sesuatu yang asing berlaku dalam masyarakat kita. Kerana sayang, ramai wanita rela bersabar dan memaafkan perbuatan suami yang berlaku curang.

Semuanya kerana ingin mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah dibina.

Namun, tahap kesabaran seseorang manusia itu ada batasnya. Jika anda rasa kes suami curang dengan kawan baik sendiri yang didakwa berlaku keatas wanita bernama Nadia Nordin itu sudah cukup kejam, pasti surat terbuka wanita ini kepada suaminya boleh buat anda sebak.

Kalau dianiaya suami sebegitu rupa, ada ke isteri yang tahan? Anda nilailah sendiri melalui cerita dibawah.

Selama jadi bini kau masa kau buat aku. Apa saja salah aku? Aku masak tunggu kau balik kerja makan bersama-sama. Kau balik kerja pun aku picit kepala kau. Aku buatkan air untuk kau. Aku kemas rumah, setiap malam sebelum tidur aku urut kau. Tiga tahun kahwin dah jadi tabiat aku dah urut kau setiap malam.

Aku hormat kau sebagai suami aku. Lepas kau pukul aku separuh mati pun sampai tak boleh bangun, tapi pagi sebelum kau pergi kerja tak pernah aku miss buatkan air untuk kau. Tangan yang malam itu pukul aku, aku salam cium dengan air mata berlinangan. Aku sayang kau kot, tapi kenapa kau buat aku macam ini?

Tiga tahun aku tunggu kau berubah dan tiga tahun juga aku pertahankan perkahwinan aku sampai akhirnya aku dah tak mampu lagi nak bertahan. Last bila kau buat aku, memang aku mengamuk gila sebab tiga tahun aku sabar! 5 bulan lepas memang betul aku nak tikam kau, aku maki kau, aku pecahkan cermin kereta kau,kita gaduh dan excident jadi aku yang rosakkan kereta kau. Ya memang itu 5 bulan lepas sebelum aku pergi dari kau.

Aku rasakan itu semua yang aku buat itu tak setimpal lagi dengan apa yang kau dah aniaya aku selama aku jadi isteri kau, patuhnya aku dan taatnya aku dekat kau. Kau gadaikan gelang, cincin-cincin serta subang emas aku. Aku tak boleh nak buat apa sebab kau suami aku. Aku kena tolong kau bila kau tak ada duit. Sehelai sepinggang aku balik kampung, duit aku dalam bank pun kau boleh pergi ambil masa aku tidur. Aku bodoh sebab semua aku bagi tahu kau sampaikan pin ATM card pun kau tahu.

Akhir kata, biarlah setiap apa yang kau pernah sakiti aku dulu, setiap makian kau bagi dekat aku padahal aku tak buat salah apa pun. Biarlah Allah saja yang membalas. Seperti yang aku cakapkan, aku tak minta apa-apa pun daripada kau. Selamat tinggal.

A letter for ex husband. Which is selalu stalk FB aku kan?

Dah tengok video Nadia Nordin? Dah tengok dia pukul betina yang kantoi main dengan suami dia? Dah tengok part two video itu yang dia pukul suami dia pula?

Kau tengok tak aku macam mana masa jadi isteri kau dulu? Deal dengan setia betina kau? Si Kiki aku bawa belanja MCD. Siap bagi duit belanja lagi sebab dia tak ada duit. Aah Kiki yang kau bawa main atas katil kita depan gambar kahwin kita. Si Aza pula ada aku buat serang dia? Pukul dia? Si Erin ke atau apa entah yang dekat mantin ada aku pergi sepak terajang dia? Call dia? Maki dia? Si Ain pula ada aku pergi pukul dia?

Tak! Semua aku diamkan cuma menangis sahaja! Bila kita gaduh kau pukul aku, kau sepak terajang aku. Apa salah aku masa aku kahwin dengan kau untuk 2 tahun pertama? Aku cuma diamkan dan aku tak bagi tahu sesiapa pun sampailah kes Kiki itu aku berani bagi tahu dekat family aku sebab aku dah tak tahan kenapa kau selalu seksa aku!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.