"Jangan Sampai Jadi Macam Saya Menyesal Nanti”
Saya dah kena, anda bila lagi nak berhenti, jangan sampai
jadi macam saya menyesal nanti, pesan seorang ayah kepada orang ramai, selepas
anak kesayangannya meninggal pada usia 1 tahun 10 hari akibat terhidu racun
asap rokok.
Menurutnya anak perempuannya itu meninggal akibat radang
paru-paru pada usia sangat muda dan doktor menggesahkan anaknya tidak dapat
diselamatkan.
Kesal berbalut rindu lelaki ini menceritakan kisah yang
menimpa dirinya agar ayah-ayah diluar sana lebih berhati-hati.
Saya merupakan bekas perokok tegar selama 18 tahun, anak
perempuan saya sangat comel, genap 1 tahun 10 hari dia meninggal akibat radang
paru-paru, berpunca dari asap rokok yang saya hisap setiap hari.
Saya tidak merokok di sebelahnya, malah saya akan duduk jauh
bila menghisap rokok, walaupun duduk di ruang yang sama.
Lalu bagaimana boleh membahayakan anak? anak saya terkena
racun rokok yang melekat di baju ketika saya mendukung dan bermain dengannya
selepas merokok.
Kisah lelaki ini turut mendapat perhatian dari doktor pakar,
sama ada racun rokok melekat dibajunya berbahaya atau tidak.
Menurut Dr.Arif orang yang merokok di mana pun tak kira
dekat atau jauh ia tetap berbahaya, terutamanya pada bayi dan wanita.
Asap rokok masih berbahaya walaupun dalam jarak 10 meter,
jadi merokok di luar rumah kemungkinan besar asap rokok masuk ke dalam rumah.
Racun yang melekat pada baju di sebut sebagai third hand
smoker, penghidu racun bahaya sama seperti second hand smoker yang di sebut
sebagai rokok pasif.
Tentu sangat berbahaya selepas habis merokok dan terus
mendukung bayi, perokok seharusnya mandi dan tukar baju selepas merokok baru
mendukung bayi untuk keselamatan bayi tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan