Gadis Ini Ditipu Dan Dibunuh Kekasih Facebook, Impian Kahwin Dibawa Mati
Laman media sosial facebook merupakan cermin dan
keperibadian setiap orang yang sesuai dengan keinginan masing-masing.
Terdapat ramai orang yang menggunakannya sebagai tempat
berniaga mencari rezeki serta mencari kawan namun kemudahan tersebut juga
digunakan untuk mencari jodoh dan bercinta, ada cinta yang bermula di facebook
membawa ke jinjang pelamin bagi yang bernasib baik, ada pula yang berakhir
dengan kesedihan hingga mengakibatkan hilang nyawa.
Perkara inilah yang di alami oleh seorang gadis yang di dakwa baru balik dari Taiwan tapi
telah di bunuh oleh kekasih sendiri yang dikenalinya melalui laman media sosial
facebook.
Katanya pasangan ini telah pun berjanji untuk berkahwin,
sebab itu mangsa balik kekampung dengan harapan bahawa kekasih yang tinggal di
Dumai akan menunaikan janji-janji manisnya.
Akan tetapi impian itu musnah setelah mengetahui bahawa
kekasihnya itu sebenarnya sudah memiliki isteri dan anak.
Dimaklumkan sebelumnya mangsa kerap kali mengirim duit untuk
kekasihnya itu sebagai modal perniagaan mereka selepas berkahwin nanti.
Mangsa yang kecewa, ditambah lagi dengan penipuan dengan
sejumlah duit mengugut akan mengadukan perkara itu kepada pihak polis jika
kekasihnya itu tidak mahu mengembalikan duitnya semula.
Tertuduh yang takut akan ugutan mangsa memujuk mangsa untuk
bertemu dengan alasan untuk membincangkan semula masalah mereka, oleh kerana
telah terlanjur bercinta mangsa pun menurut sahaja sehingga akhirnya mangsa
telah ditemui dibunuh dengan menggunakan penyapu sampah bermata besi.
Siasatan awal mendapati terdapat luka di bahagian belakang
kepala mangsa (tengkuk) dengan kulit kepala terkoyak, dan luka di bahagian
leher serta pipi dipercayai akibat di pukulan menggunakan benda tajam.
Mangsa di temui dengan keadaan separuh bogel dan kemaluannya
terdapat cecair yang menyerupai air mani lelaki.
Nota:Kes Masih dalam
siasatan pihak polis dan dimaklumkan bahawa Suspek utama seorang lelaki telah
di tahan.eberita nusantara news.
Ulasan
Catat Ulasan