Budak 5 Tahun Menangis Diliwat Saudara Sendiri.
KOTA BHARU: Sebuah keluarga dari Peringat di sini trauma
apabila mendakwa anak mereka diliwat seorang warga emas yang juga merupakan
saudara mereka sendiri.
Kata ibu mangsa, semuanya bermula dengan mangsa yang berusia
lima tahun diumpan dengan seutas jam tangan oleh suspek yang berusia sekitar
60an.
Kejadian dikatakan berlaku pada 20 Julai lalu, apabila anak
kedua daripada tiga beradik itu pulang dalam keadaan menangis teresak-esak
sebelum mengadu sakit pada bahagian dubur.
Dengan umpanan jam itu, mangsa berkata dia telah diajak ke
satu kawasan semak di kampung mereka sebelum mendakwa diliwat.
Ibu mangsa kemudian merujuk mangsa kepada Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, doktor pakar di hospital terbabit kemudiannya
mengesahkan kanak-kanak malang itu mengalami tusukan sedalam antara 40 hingga
50 sentimeter di bahagian dubur.
Susulan itu juga satu laporan polis telah dibuat di Balai
Polis Binjai.
Menurut ibu mangsa, apa yang dia mahukan ketika ini adalah
keadilan buat anaknya.
“Ketika ini saya hendak tahu (tindakan pihak polis), sebab
kita ada bukti, macam mana kes anak saya ini? Saya orang kampung, orang susah,
saya hendak tuntut keadilan,” kata ibu mangsa.
Walaupun kes ini sedang diuruskan pihak berkuasa, sejarah
hitam itu nyata membuatkan keluarga ini trauma.
“Ketika ini kesihatan anak saya Alhamdulillah tapi
perwatakannya banyak berubah, memang berubah macam memberontak. Dengan
adik-adiknya dia kacau. Dulu dia tidak kisah sangat,” kata ibunya lagi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Baharom Abu
Bakar ketika dihubungi menjelaskan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 377C
Kanun Keseksaan (hubungan luar tabii tanpa izin).
Suspek telah ditahan pada 9 Ogos lepas dan dibebaskan pada
11 Ogos dengan jaminan polis atas faktor usia.
Jelasnya, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan
sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan juga suspek sebelum di bawa ke
Timbalan Pendakwaraya. Astro AWANI
Ulasan
Catat Ulasan