Akibat Tidur Dengan Kucing, Lihat Apa Yang Terjadi Pada Rahim Wanita Ini Sangat Mengerikan.
Gambar Yang Dikongsi Michelle Ketika Di Hospitan |
Seorang wanita yang berusia di bawah 26 tahun berjumpa
doktor kerana ada yang tidak kena dengan perutnya. Menambah kerisauannya
kesakitan itu berada tepat di bawah bahagian rahimnya.
Mengikut laporan dari Dailymail.co.uk, dia kemudiannya
memutuskan untuk pergi berjumpa doktor sakit puan untuk mengetahui sama ada dia
mengandung atau ada masalah dengan pil perancang yang dia amalkan.
Pada pemeriksaan pertama doktor mengesyaki Michelle memiliki
sista ovari pada rahim. Namun ketika melakukan pemeriksaan lebih lanjut, doktor
tersebut menemui benda asing yang berada pada rahim Michelle.
Pelik dengan hal itu, doktor pun akhirnya menanyakan kepada
Michelle adakah dia sering menggunakan tampon, dan Michele pun mengaku hanya
menggunakannya beberapa kali sahaja.
Ketika itu doktor membuat andaian bahawa sisa-sisa tamponlah
yang tersekat di dalam vagina Michelle. Doktor pun kemudian berusaha
mengeluarkan gumpalan asing itu dari vagina Michelle.
Namun begitu betapa terkejutnya Michelle ketika melihat
gumpalan itu dikeluarkan oleh doktor dan ternyata bukanlah sisa-sisa tampon
seperti yang di sangka oleh doktor.
Benda itu lebih mirip dengan warna bulu binatang
peliharaannya yang bernama Donut iaitu kucing yang di peliharanya selama
bertahun-tahun.
Gumpalan sebesar sekitar 5 cm yang bukan merupakan sisa
tampon tersebut telah tersangkut di dalam vaginanya.
Michelle mengaku, selama ini dia selalu membiarkan kedua
kucingnya Cricket dan Donut untuk tidur di tilamnya selama bertahun-tahun.
Michelle membuat andaian bahawa bulu kucing itu masuk ke
dalam vaginanya ketika dia dan pasangannya membuat hubungan intim.
Bulu kucing itu boleh melekat di kemaluan pasangannya yang
kemudiannya akan ikut masuk dan tersekat
di dalam vagina Michelle.
Semakin lama, semakin banyak bulu kucing yang terlekat di
dalam vagina Michelle, sehingga menjadi gumpalan yang berbentuk bulat.
Mulanya memang ramai yang tidak percaya dengan apa yang
diceritakan oleh Michelle.
Michelle mengaku dia jarang membersihkan tilam dan ingin
kongsikan cerita memalukannya ini agar tidak ada orang lain yang menerima nasib
yang sama dengan dirinya.
Ulasan
Catat Ulasan