Seram: Akibat Tidak Mandi Wajib Selepas Haid
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca
yang dikasihi sekalian. Hari ni nak share kisah seram yang mungkin boleh
memberi sedikit pengajaran buat kita semua. kami sendiri tidak pasti kisah ini
adalah kisah benar atau rekaan semata-mata. Tapi sebetulnya kisah ini memang
boleh memberi pengajaran buat kita terutama wanita di luar sana.
Kisah seram ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan
kakak saya. Kisah in berlaku kira-kira pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai
kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju.
Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan
agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang
berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi
Woods.
Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya
nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman
lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh
dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan.
Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun
pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam
gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas
katil. Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas
cadar, kuat bunyinya.
Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke
tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca
apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???”
Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya.
Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup,
dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu
kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong.
Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu.
Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan
merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka
dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni,
apalagi muka suaminya punyalah berang.
Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah
cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni
balik…” Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak
tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka
dia.
Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di
tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing
telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium…
Ulasan
Catat Ulasan