Cerita Sebenar Warga Emas Di Pukul Dan Keretanya Di Rosak Oleh Perniaga Bazar.
Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki menyerang warga emas yang
terlanggar motosikal yang berhenti mengejut di Bazar Jalan Masjid, di sini,
semalam.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira 7.45 malam, lelaki
yang berusia 76 tahun itu dikatakan memandu perlahan di lokasi terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten
Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, seorang penunggang motosikal memotong kereta
dipandu mangsa dan berhenti secara mengejut.
"Tindakan itu menyebabkan warga emas terbabit tidak
sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang motosikal lelaki berkenaan.
"Ketika mahu melihat keadaan keretanya, dia diserang 10
lelaki yang bertindak memukulnya dan merosakkan keretanya sebelum melarikan
diri," katanya dalam satu kenyataan.
Rusdi berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati
hanya seorang saksi tampil membantu mangsa dan memberikan keterangan.
"Berdasarkan keterangan mangsa, dia tidak mengenali
penyerang berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun
Keseksaan," katanya.-Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan