7 Kesilapan Besar Dan Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri
Percayalah bila saya kata, rasa suka itu akan berkurang
dengan berlalunya masa.
Tiga tahun pertama mungkin kita merasakan bahawa pasangan
kita itulah segala-galanya.
Tapi tahun-tahun yang seterusnya, kita sudah merasa hambar dan semakin bosan
rumah tangga kita.
Sifat hati fitrahnya berbolak-balik bersama masa. Mungkin dahulu
kita dilayan secara lemah lembut, tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab
secara acuh tidak acuh sahaja. Terlalu menjaga dikata mengongkong, terlalu
memberi kebebasan dikatakan tidak sayang.
Apa yang tidak kena sebenarnya dalam rumah tangga kita?
Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang?
Dalam kita menjaga hubungan suami isteri, ada beberapa
perkara yangsangat perlu diberikan perhatian. Ini kerana ada sebahagian
tindakan kita, tanpa disedari mungkin menyumbang kearah keruntuhan rumah
tangga.
Sedang kita menzahirkan kasih sayang kepada pasangan, jangan
sesekali cuba merisikokan perhubungan tersebut.
Artikel ini akan mengupas kesilapan besar yang biasa dibuat
dan pantang-larang dalam perhubungan suami isteri supaya keharmonian rumah
tangga terpelihara.
1. Jangan berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji
orang lain
Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang
lain dihadapan suami sendiri.
Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri
orang lain berlebih-lebihan. Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan
berjauh diri.
Disamping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita
lain dihadapan suaminya.
Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain
tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitive.
Ingat, ia boleh terdedah kepada banyak perkara.
2. Elakkan melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai
pandangan pasangan masing-masing.
Memberikan komentar terhadap pasangan masing-masing adalah
normal. Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar.
Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana
ia menyebabkan berlakunya perbalahan diantara suami isteri. Walau tidak
sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya.
Maka, disebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, maka
lihatlah jua pada kelebihannya. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada
memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.
Kita boleh melihat diri kita dihadapan cermin. Kita boleh
melihat kekurangan wajah kita melalui cermin. Namun, apa aib kita dibelakang,
kita tidak mampu untuk melihatnya. Orang yang Nampak aib kita itu tidak lain
tidak bukan adalah isteri atau suami kita.
Disebabkan itu, pasangan kita Nampak apa yang kita tidak
perasan. Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan.
Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk.
Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan
kita mahukan yang terbaik untuk kita.
3. Jangan mengangkat suara dengan nada tinggi
Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia
berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang
silap.
Jika kita merasakan bahawa ia untuk menunjukkan ketegasan
kita, itu tidak betul.
Sebenarnya hanya menunjukkan keegoaan kita.
Malah juga turut menjatuhkan air mukanya di hadapan ramai.
Sebaliknya, panggillah dengan sebaik-sebaik cara. Walau
geram dan marah sekalipun, panggillah dengan penuh kelembutan.
Ingatlah, ia akan lebih menjaga maruah pasangan dan kita
sendiri juga.
Malah pendekatan lembut dapat menjadikan hubungan yang
tegang menjadi baik.
Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan sekalipun,
carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya. Cara terbaik adalah menjadi kawan
kepadanya.
Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka
nasihat senang untuk disampaikan.
Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya.
Ingat, untuk setiap perkara menjadi mudah, kita perlu rapat
dengannya.
Apabila kita telah rapat dengannya, perkara yang kita tegur
secara lembut pun mudah diikutinya.
Sebaliknya, jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia
hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.
4. Jangan sesekali menipu dalam hubungan suami isteri
Pantang bagi kaum wanita adalah orang yang suka menipu. Para
suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati
isteri.
Jadi mengapa mesti kita berbohong? Bukankah ia adalah tabiat
yang tidak baik. Bahkan, ingatlah, orang yang bercakap bohong tiada tempat
untuknya dalam syurga.
Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan
isterinya. Keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri. Ia boleh
meruntuhkan rumah tangga berkenaan. Perbuatan berbohong tidak pernah ada dalam
hidup kita. Maka mengapa perlu kita berbohong?
Begitu juga dengan isteri.
Jangan sesekali membohongi isteri kita. Pembohongan terhadap
suami boleh mengikis keyakinan dan kepercayaannya.
Sentiasalah jujur dengan suami dalam apa juga perkara yang
kita lakukan. Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.
5. Elakkan berasa tidak bersalah dan diri sendiri selalu
betul
Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya.
Jangan pula menjadi sebaliknya. Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan
kita. Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya. Ini tidak boleh
dinafikan.
Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan
suami isteri. Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan
perbetulkan kesilapan berkenaan.
Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri
kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah.
6. Jangan selalu meninggalkan isteri di rumah
Perkara ini adalah sangat penting. Ia selalu dipandang remeh
oleh para suami.
Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang
munasabah, ini kadangkala boleh mengguris perasaannya.
Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak
dihargai. Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik
dihatinya. Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita.
Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama kelamaan
akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita.
Sedangkan isteri sebaliknya kerana perlu memikirkan banyak tanggungjawab yang digalas.
Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik
terhadapnya.
Tidak salah sekiranya sesekali kita membawa isteri
bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik untuk bersamanya.
Isteri juga mahukan hiburan bersama kita.
Dan apa yang lebih penting lagi adalah meluangkan masa
bersama.
7. Jangan tidak bermesra ketika isteri sedang haid
Jangan kerana isteri sedang haid, suami pula menjauhkan
diri. Ingat, apa yang Islam tidak benarkan adalah melakukan persetubuhan
sahaja. Bermesra tidak dilarang sama sekali.
Maka jangan kerana isteri sedang datang bulan, para suami
sekalian menjauhkan diri daripadanya.
Bermesra dengan isteri adalah salah satu tanda suami yang
penyayang. Tidak kira bagaimana keadaan isteri, jika bermesra dengannya boleh
mendatangkan kebaikan dalam hubungan, maka lakukanlah.
Kemesraan sesama suami isteri adalah lambing kebahagiaan
yang diharapkan.
Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba
membahagiakan sesame mereka. Kelak akan harmonilah rumah tangga mereka.-Oh My
Media
Ulasan
Catat Ulasan