Wanita Kuat Menentang Poligami Punca Ramai Jadi Janda Tua Di Malaysia.
Mencerita tentang poligami, mesti ramai isteri yang sensitif
dengan perkataan itu, faktanya hampir dari keseluruh wanita di malaysia menolak
berpoligami, bahkan ada beberapa isteri yang meminta cerai apabila suaminya
mahu kahwin lagi.
Kebanyakan wanita yang memintak cerai dengan suami mereka,
akhirnya akan berkahwin dengan lelaki yang lebih tua, ada kala menjadi isteri
kedua kepada lelaki terbabit.
Dalam al-quran jelas mengatakan Dan jika kamu takut tidak
dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin
dengan mereka, maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang baik dari
perempuan-perempuan yang (lain) dua, tiga atau empat”. ( Surah an-Nisa’ :3)
Jelas di sini Al-quran membolehkan dan menyuruh kaum lelaki
untuk berkahwin lebih dari satu, namun hukum berpoligami akan jadi haram jika
seorang suami tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya, perkara ini jelas
dalam sabda rasulallah SAW.
“ Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan
kemudaratan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah )
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di
antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja,
atau perempuan yang kamu miliki, yang
demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman.” (Surah an-Nisa’: 3.)
Makruh berpolihami jika dilakukan sekedar berseronok, sunat
hukumnya apabila suami memerlukan isteri misalnya untuk mendapat suriat kerana
isteri pertama mandul, suami juga mempunyai keyakinan diri mampu beraku adil
dari faktor nafkah zahir dan batin makan ketika ini tiada halangan baginya
untuk berkahwin lain.
Ulasan
Catat Ulasan