Biadap! ! Doktor Di Hospital Gelakkan Pesakit Yatim Meninggal Dunia.
Seorang gadis remaja 13 tahun meninggal dunia setelah
menjalani pembedahan usus, yang disyaki
mangsa kecuaian doktor pengganti yang baru mencari pengalaman dalam bidang
perubatan.(malaperaktek)
Setelah kisah Angela dikongsi dalam laman media sosial,
ramai natizen turut menyatakan rasa simpati kepada kakak mangsa Esra.
Sekeping gambar yang di muat naik di akaunnya dengan
tulisan,”saya mencium dan memeluk adik saya yang sudah tidak bernyawa”
Dengan tanda marah” kenapa ada doktor sangup ketawa ketika
gagal menyelamatkan pesakit?
“Disaat kami menangis mereka ketawa sambil mengatakan“orang
yang dah mati tak payah di panggil ,dia dah mati dah pun”sungguh biadap doktor
hospital pandan! ! tulis esra.
Status yang awalnya biasa itu tiba tiba meletup seperti bom
hingga menjadi perhatian media.
Menurut kakak mangsa Esra, Dia membawa adiknya kehospital
tersebut untuk berubat kerana adiknya demam, bukan sebab masalah usus. Pada
ketika itu angela dikatakan masih boleh berjalan ketika masuk ke hospital
pandan medan sumatra utara pada rabu 08.06.2016
Setelah pihak hospital membuat pemeriksaan dan menyatakan
bahawa mangsa mengidap usus buntu dan harus melakukan pembedahan dengan segera,
pihak keluarga pun setuju kerana desakan dokter. akan tetapi selepas sehari
membuat pembedahan keadaan mangsa semakin teruk hingga akhirnya meninggal dunia
dengan bekas pembedahan disepanjang perut.
Disyaki kematian angela yang merupakan anak yatim sejak
berumur 3 bulan adalah kecuaian doktor pengganti yang baru saja mencari
pengalaman dalam bidang perubatan.
Akan tetapi pihak hospital pandan menafikan perkara tersebut
dan mengatakan ketika mangsa di bawa ke hospital keadaannya sudah teruk dan
ususnya sudah pecah.
Bagaimanapun kakak mangsa terus membuat laporan polis
dibalai setempat untuk segera menyiasat hospital pandan tersebut, manakala
jasad mangsa di bawa ke hospital brimob medan untuk segera di bedah siasat.
Ulasan
Catat Ulasan