Lelaki Mati Dipercayai Akibat Seks Ganas!!! Mayat Mangsa Dalam Keadaan Bogel Dan Terikat.
Kuala lumpur: Lelaki ditemui mati dalam keadaan bogel dan
terikat dipercayai akibat melakukan seks ganas di kondominium di Sri Hartamas,
kira-kira 12 tengah hari tadi.
Mayat mangsa, 47, ditemui pemilik rumah yang datang ke rumah
berkenaan untuk memeriksa keadaan lelaki terbabit selepas dihubungi oleh bapa
mangsa yang gagal menghubungi anaknya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul
Othman Mansor berkata, pemilik rumah terpaksa memecahkan pintu selepas
panggilan dari luar rumah tidak dibalas.
Katanya, sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa ditemui dalam
keadaan terbaring dengan mulut dan kaki diikat manakala kemaluan ditutup dengan
kain.
“Hasil pemerhatian awal, pegawai patologi dari Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) memberitahu mangsa kemungkinan mati akibat
melakukan seks ganas.
“Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk proses bedah siasat dan
kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya ketika dihubungi
mymetro, hari ini.-Metro Harian
Ulasan
Catat Ulasan