Bapa Ayam Yang Menjadikan Artis Sebagai Pelacur Kelas Atasan Tunggu Masa Nak Dedah Rahsia Artis
Lelaki yang didakwa menjadi bapa ayam kepada ramai selebriti
Indonesia sudah bebas dari Penjara Cipinang beberapa hari lalu.
Mesti baru menghirup udara segar di luar penjara Robby Abbas
tidak mengambil langkah berdiam diri, malah mula membuka 'pekung' banyak
selebriti yang diuruskannya.
Kata Robby, Nikita Mirzani bukanlah salah seorang selebriti
yang mendapatkan khidmatnya mencari pelanggan.
"Nikita tidak pernah datang meminta 'kerja' dengan
saya, tapi dia ada kes yang lain, kan?" katanya kepada media semalam.
Sebelum ini Nikita (gambar) mengancam untuk menyaman Robby
jika lelaki itu mengaitkan namanya dengan jaringan sindiket pelacuran
dikendalikannya.
Namun Robby menjawab bersahaja: "Saya tak takut dengan
ancaman Nikita. Saya ada tuhan," katanya.
Cuma bukan itu saja cerita Robby. Di luar penjara kini Robby
bebas bercerita tentang beberapa artis yang menjadi 'anak didiknya' dalam
aktiviti berkenaan.
Dia ada 'kunci'
Jika dulu dia hanya merujuk dua artis wanita yang
mendapatkan khidmatnya hanya AA, TM dan SB, kini dia mendedahkan mereka ialah
Amel Alvi, Tyas Mirasih dan Shinta Bachir.
Walaupun ketiga-tiga artis itu segera membuat penafian,
Robby sebaliknya mendakwa dia memiliki banyak bukti untuk membuat orang ramai
terkejut.
"Saya akan tunjukkan bukti pembabitan mereka. Bukan
kerana sakit hati disebabkan penafian demi penafian dibuat tetapi kerana saya
sudah berjanji kepada orang ramai.
"Nantilah, saya dedahkan. Ada rahsia besar yang lain
lagi. Saya ada kuncinya," kata Robby.
Sementara itu Tyas menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat
dalam rangkaian sindiket pelacuran dikendalikan Robby.
Bukan itu saja, malah Tyas mendakwa langsung tidak mengenali
Robby - walaupun Robby sebaliknya mengaku mereka saling berkawan sejak lebih
lima tahun lalu.
Pada masa sama orang ramai berpeluang melihat imej Tyas
sebagai duta beberapa produk dengan sebahagiannya dalam keadaan berpakaian
seksi.
Selebriti berusia 29 tahun itu pernah bergaya di depan
kamera untuk mempromosi vila mewah di Seminyak.
Kelihatan berbikini, isu yang menjadi perbincangan netizen
malah bukan pakaian itu sebaliknya mereka 'menyelidik' sama ada Tyas memang
berpakaian baju renang atau cuma pakaian dalam.
Ia kemudian dibalas Tyas: "Kepada yang tidak tahu, ini
namanya bikini fesyen higwaist. Aduuhh."
Antara filem lakonan Tyas ialah Air Terjun Pengantin (2009),
Hantu Budeg (2012) dan produksi Malaysia, Laga (2014).
Ulasan
Catat Ulasan