Akhirnya Dapat Jumpa Shah Rukh Khan Selepas 3 hari ‘Tidur’ Di Luar Rumah Pelakon Itu.
Mumbai – Seorang peminat fanatik Shah Rukh Khan (SRK)
membuktikan bahawa dia merupakan seorang peminat setia yang sanggup melakukan
apa sahaja untuk bertemu dengan King Khan kegemarannya.
Peminat tersebut, Mutiara Ulfa Herlita bertolak dari
Indonesia ke India bersama-sama seorang rakannya semata-mata mahu memenuhi
hasrat untuk bertemu dengan bintang itu.
Menurut Mutiara, dia menunggu di luar rumah SRK selama tiga
hari dengan memegang sepanduk yang merayu supaya SRK datang bertemu dengannya.
Malah, dia juga tidak berputus asa menghantar tweet kepada
SRK supaya bertemu dengannya kerana dia tidak akan kembali ke Indonesia selagi
tidak bertentang mata dengan SRK.
Menurut Mutiara, konsul besar Indonesia di Mumbai juga telah
membenarkannya bermalam di pejabat mereka setelah mengetahui tujuan sebenar dia
berada di India.
Akhirnya, impian yang sudah lama diinginkan tercapai juga
apabila SRK membalas tweetnya dan bersetuju akan bertemu Mutiara di pejabat
konsulat tersebut semasa dalam perjalanannya ke tempat kerja.
Pada 18 Mei lalu, Mutiara telah memuat naik sekeping gambar
berpelukan bersama bintang kesayangannya itu.
“Seperti cerita dongeng… Ia selalu berakhir dengan
penghujung cerita yang indah.. Terima kasih kerana mendengarkan ceritaku, Shah
Rukh Khan,” tulisnya di Twitter.-The Kuala Lumpur Post
Ulasan
Catat Ulasan