Penipuan Seorang Lelaki Menjaga Kekasihnya Ketika Koma Selama 8 Bulan, Terbongkar Selepas Wanita Itu Sedar Dan Cerita Pekara Sebenarnya.
Dalian, China: Tembelang seorang kekasih 'sempurna' akhirnya
pecah apabila teman wanitanya sendiri mendedahkan teman lelakinya sendiri yang
menyebabkan dia koma selama lapan bulan.
Liu Fenghe, 25, berikrar untuk menjaga dan setia di sisi
kekasihnya, Lin Yingying, 22, setelah Lin koma akibat cedera parah di kepala
pada 2014.
Kisah Liu menjadi viral dan mendapat perhatian media
tempatan sehingga ada yang memanggilnya sebagai "model kekasih".
Difahamkan, Liu menggunakan wangnya dan juga turut meminjam wang dari rakannya untuk
membiayai kos rawatan kekasihnya itu.
Namun semuanya terbongkar setelah Lin yang sedar pada Mei
tahun lalu baru-baru ini mendedahkan penyebab sebenar dia koma adalah kerana
dibelasah oleh Liu.
Selain itu, Lin juga turut berkata Liu turut beberapa kali
mengugutnya.
Laporan dari Telegraph menyebut, Lin sudah sedar 10 bulan
lalu, namun tidak menamakan siapa yang menyerangnya kerana terlalu takut dengan
akibat yang bakal menimpanya.
Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa
bersalah dan bukannya cinta.
Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat
laporan polis.
Pasangan tersebut menjalankan perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia dipukul selepas bertengkar mengenai roti yang dibakarnya hangus.
Ulasan
Catat Ulasan