Kisah Benar! Suami Hanya Menyorok Di Dalam Bilik Apabila Bhai Karpet Mencabul Saya.
Geram betul Admin bila dengar cerita macam ini. Kejadian ini
betul-betul terjadi di kawasan berdekatan tempat tinggal sahabat admin.
Memang lumrah sekarang ini orang lagi suka ambil barang
secara hutang berbanding tunai. Namun jika hendak mengambil hutang itu
maklumlah banyak pula prosudernya jadi lagi menyukarkan bagi orang yang kurang
berkemampuan.
Jika nak di bandingkan ambil barang secara hutang di kedai
memang banyak syaratnya berbanding ambil barang dengan pakistan yang menjual
barang dari rumah ke rumah.
Nak dijadikan cerita adalah sepasang suami isteri ini Sara
dan Aiman mengambil barang rumah secara hutang dengan pakistan yang datang ke
rumah mereka di sebabkan tidak mampu hendak membeli secara tunai.
Jadi tiap-tiap bulan mereka pun bayar ansuran barang
tersebut dengan pakistan tersebut. Dalam masa empat bulan memang tiada masalah
langsung bagi mereka untuk membayar ansuran tersebut kerana kedua mereka
bekerja.
Masuk ke lima bulan membayar ansuran tersebut mereka
mengalami masalah kewangan di sebabkan Aiman telah di buang kerja. Jadi Sara
yang masih bekerja terpaksa menggunakan wang gajinya untuk menanggung segala
keperluan mereka sementara Aiman mencari pekerjaan baru.
Disebabkan itu mereka terlambat membayar ansuran barang yang
diambil dengan pakistan tersebut.
Ketika Sara sedang mandi terdengar ketukan di pintu rumah
menyebabkan dia pun keluar dari bilik air dengan berkeadaan sedang berkemban.
Apabila dia membuka pintu dia melihat pakistan tersebut yang kemudian meminta
wang ansuran bulanan yang di janjikan sewaktu mengambil barang.
Namun Sara mengatakan bahawa duitnya masih belum cukup untuk
membayar kepadanya. Manakala suaminya Aiman hanya mendiamkan diri di dalam
bilik kerana tidak mampu untuk membayar wang kepada pakistan tersebut.
Mula-mula pakistan tersebut marah disebabkan tidak
memperolehi wang daripada Sara tetapi apabila melihatkan keadaan Sara yang
sedang berkemban itu. Tiba-tiba pakistan tersebut menanyakan adakah suaminya
ada di rumah. Sara pun menjawab tiada kerana suaminya meminta dia berbuat
demikian.
Bila tahu sahaja suami Sara tiada di rumah tiba-tiba
pakistan itu masuk ke dalam rumah lalu memegang badan Sara serta melirikkan
matanya dan berkata "Akak kalau tak mampu nak bayar tak mengapa kita
setealkan dengan cara lain saja". anggap saja semua hutang akak dah
langsai.
Dengan terkejutnya Sara bertanyakan cara apa nak langsaikan
hutang. Lalu pakistan tersebut cakap "Senang saja akak cuma layan saya
sekejap saja lepas itu kira hutang akak sama saya sudah langsai".
Sara terus menjerit dan menghalau pakistan tersebut keluar
dari rumah.Manakala suaminya hanya mendengar perbualan mereka tanpa keluar
membantu walaupun mendengar jeritan Sara yang ketakutan kerana khuatir pakistan
tersebut mendesaknya membayar hutang.
Sara sangat terkilan dengan sikap suaminya yang tidak
langsung keluar untuk membantunya.
Sara telah mengadukan kejadian ini kepada keluarganya
apabila melihat suaminya langsung tidak mengambil apa-apa tindakkan terhadap
pakistan tersebut.
Mendengarkan kisah Sara itu keluarganya ingin mengambil
tindakkan terhadap pakistan tersebut namun pakistan tersebut telah terlebih
dahulu menghilangkan diri.
p/s: mohon di sebarkan kelakuan pakistan ini agar tiada yang
menjadi mangsanya lagi.
Ulasan
Catat Ulasan