Janda Serah Diri Di Jabatan Agama, Kerana Tak Tahan Menjadi Pemuas Nafsu Pegawai Kerajaan.
Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu
tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama
hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais).
Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali
menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas
menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.
Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki
itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga
dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.
Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak
lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan
menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.
“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan
menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu
menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.
Ulasan
Catat Ulasan