6 Dosa Yang Tidak Diampun Allah SWT Walau Pun Dengan Bertaubat.
Disaat kita hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah
kita berfikir tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan
dosa kepada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari
baca 6 dosa yang tidak diampun ini.
1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim
mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada
anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah
boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak
memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf
kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka
terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT.
sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak
boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah
SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus
dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka
yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan
Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang
Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT
melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan
Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan
Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk
samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari
maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua
Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah
Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah
menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Ulasan
Catat Ulasan