6 Ciri-Ciri Wanita Yang Boleh Dijadikan Isteri Menurut Islam.
Apa jua yang ingin kita lakukan, pasti ada panduannya.
Demikian halnya baqi memilih pasangan hidup. Junjungan besar Rasulullah S.A.W
telah meninggalkan pelbagai wasiat hebat sebagai panduan kepada kita sebagai
umatNya.
Salah satunya termasuklah panduan bagi kaum lelaki untuk
memilih calon isteri. Antara saranan atau panduan tersebut ialah:
1-Asal-usul
Wanita yang dipilih itu mestilah diselidiki dahulu
asal-usulnya. Ini kerana akhlak wanita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh
lingkungan tempat dia dibesarkan dan diasuhkan. Itulah sebabnya disunatkan
memilih wanita yang dibesarkan dalam lingkungan agama kerana sedikit sebanyak
akan mengalir akhlak yang baik dalam dirinya.
2-Yang beragama
Sabda Rasulullah S.A.W “Dikahwini wanita itu kerana empat
perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana cantiknya dan kerana
agamanya. Maka nikahlah dengan wanita yang beragama nescaya engkau beruntung.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Syarat yang paling penting memilih isteri ialah yang
beragama. Dengan kata lain, yang beriman dan mengamalkan syariat Islam. Setelah
ada syarat itu, barulah difikirkan yang lain. Wanita yang beriman, walaupun dia
kaya dan cantik nescaya dia tetap merendahkan diri pada suaminya.
3-Kecantikan & harta, kedua
Jangan hanya terpikat dengan kecantikan, harta dan pangkat
serta keturunan semata-mata kerana wanita sebegini sekiranya tidak dipupuk
dengan pembinaan agama dan keturunan yang baik, akan menimbulkan masalah di
kemudian hari. “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, mungkin
kecantikannya itu boleh mencelakakannya.
Dan jangan kamu mengahwini wanita itu kerana hartanya,
kerana harta itu boleh menyombongkannya. Akan tetapi kahwini wanita itu kerana
agamanya, sesungguhnya hamba sahaya yang hitam warna kulitnya dan cupingnya
berlubang besar tetapi beragama, itu lebih utama.” (Riwayat Ibnu Majah,
Baihaqi).
4-Mampu melahirkan zuriat
Pilihlah wanita yang dapat melahirkan zuriat dan penyayang.
Untuk melihat wanita yang mampu melahirkan zuriat, boleh dilihat pada
keturunannya.
5-Elak saudara terdekat
Pilihlah perempuan dari keluarga yang jauh agar dapat
menambahkan kemesraan, kebahagiaan keluarga, kekuatan keturunan dan kecerdasan
anak-anak. Rasulullah SAW. bersabda: “Jangan kau kahwini keluarga yang dekat
kerana anak-anaknya akan lahir lemah (lembap akal dan fizikal)”.
6-Utamakan anak dara berbanding janda
Dalam memilih wanita, utamakan gadis. Islam menganjurkan
supaya lelaki memilih calon isteri, harus mengutamakan gadis dari janda.
Dalam hal ini, Rasulullah menjelaskan hikmah mengutamakan
gadis berbanding janda dalam hadis: “Hendaklah kamu memilih wanita-wanita yang
perawan kerana sesungguhnya mereka itu lemah-lembut kata-katanya, boleh
melahirkan anak yang ramai, kurang tipu dayanya dan sentiasa cukup dengan yang
sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah, Baihaqi).
Ulasan
Catat Ulasan