Isteri Aaron Aziz Sudah Beri Lampu Hijau Untuk Saya Duduk Atas Paha

Salah satu babak mesra lakonan Soo Wincci dan Aaron. Sumber Foto mStar Online
Soo Wincci merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia, mengharap peminat tidak besalah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka.

Beliau berkata isteri Aaron Aziz, Diyana Halik sudah memberi kebenaran kepada Aaron Aziz dan beliau untuk melakonkan aksi panas memeluk dan duduk di atas peha Aaron Aziz.

Menurut laporan mStar Online, sebelum Soo Wincci dan Aaron Aziz menjalani penggambaran mereka telah sertai kelas drama untuk keserasian ini kerana mereka pertama kali digandingkan dalam satu filem, Kau Yang Satu.

Menurutnya lagi ketika latihan drama itu berlangsung dia agak kekok untuk berlakon babak sebegitu dengan Aaron Aziz.

"Memang mulanya segan juga sebab isteri Aaron, Diyana turut ada ketika itu. Nasib baik Diyana seorang yang sangat memahami dan dia benarkan saya dan Aaron melakonkan babak mesra," kata Soo Wincci kepada mStar Online.

Soo Wincci berkata, dia sudah bersedia menerima sebarang kritikan dan kecaman terhadap lakonannya sebagai Isabella dalam filem tersebut.

"Watak Isabella ini sangat berbeza dengan diri saya. Yang pasti, penonton akan lihat kelainan daripada lakonan saya sebelum ini.

"Mungkin ramai akan kecam dan kritik tapi saya sudah bersedia dengan semua itu. Bila penonton kecam, maknanya lakonan saya menjadi.

"Saya akan terima negatif atau positif komen yang mereka akan berikan selepas menonton filem ini," ujarnya kepada mStar Online.

Filem adaptasi novel karya Nia Azalea ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini. - Sumber: mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.