Rara Dikecam Sebagai Simbol Seks Selepas Muat Naik Dua Video.

Media sosial merupakan tempat kita berkongsikan pelbagai kisah, gambar serta video, namun bukan semua yang kita kongsikan mendapat komen positif malah kadang kalanya lebih banyak yang negatif dari positif.

Itulah yang berlaku kepada Young Syefura Othman atau Rara yang telah dikaitkan dengan simbol seks oleh kaum lelaki.

Hanya kerana memuat naik dua video dia mengedarkan kurma di bazar ramadan di Batu 9, Cheras, Rara yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor berkata dia amat kecewa apabila dirinya dikaitkan dengan simbol seks.

Dalam luahannya di Twitter semalam, video yang dimuat naik Rara di Facebooknya menerima banyak komen-komen lucah yang disifatkan sangat melampau dari kalangan lelaki.

Menurut Ahli Majlis Perbandaran Kajang itu lagi, sampai ke tahap gambar kakinya pun dijadikan bahan lucah, walaupun beliau hanya berpakaian baju kurung ketika mengedarkan kurma.

Malah, ada juga yang menggelarkannya sebagai pelacur dan iblis.

Rata-rata netizen bersikap positif luahan Rara dan meminta bersabar dengan komen-komen negatif yang diterimanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.