Menteri Besar Selangor Umum Bonus Raya Dua Bulan Gaji.

Pada setiap tahun apabila tibanya perayaan Hari Raya Aidilfitri, setiap orang pasti ingin menyambutnya dengan penuh meriah, membeli baju baru dan mempersiapkan kelengkapan rumah yang tentunya memerlukan belanja yang banyak dari bulan yang lain.

Akan tetapi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini pasti menyukarkan mereka berbelanja kerana perlu memikirkan kos sara hidup yang tinggi apatah lagi jika hanya mengharapkan gaji bulanan yang tidak mencukupi itu.

Menyedari masalah yang di hadapi oleh rakyat, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar 21 Jun ini.

Beliau berkata seramai 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu yang membabitkan peruntukan RM63.3 juta.

"Ini adalah tanda penghargaan kepada penjawat awam di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memaju dan membangunkan negeri Selangor.

"Dan ini juga adalah berdasarkan prestasi kewangan semasa dan sebab itu kita bersetuju memberikan bantuan ini kepada penjawat awam," katanya ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini.

Beliau berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.