Marah Motorsikal Tidak Dapat Dihidupkan, Remaja Bakar Ibu Hingga Maut.

Makassar - Seorang lelaki  tergamak membakar ibu tirinya kerana dia mendakwa bahawa ibunya itu sengaja merosakkan motorsikal miliknya dan kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah taman perumahan di Makassar, Sulawesi.

Keadaan itu mengakibatkan ibu tirinya, Sania, 40 tahun ,mengalami kecederaan melecur sebanyak 80 peratus yang akhirnya meninggal dunia selepas menjalani rawatan di hospital.

Jenayah kejam itu dilakukan oleh Suanda alias Saiful alias Ipul, 22 tahun, yang terlalu marah kerana motorsikalnya rosak dan tidak dapat dihidupkan. Dia menuduh Sania sengaja merosakkan motorsikal berkenaan.

Saiful kemudiannya mengambil minyak tanah dan menyimbah ke seluruh rumah termasuk perabot dan anggota keluarganya. Adik tirinya, Rana turut disimbah minyak tanah dan kemudian menyalakan api.

Mengikut keterangan daripada salah seorang ahli keluarga mangsa, turut tercedera dalam kejadian tersebut adalah Datuk tirinya Sattu 55 tahun serta adik tirinya Rana yang masih di rawat di hospital.

Difahamkan ketika kejadian Sania cuba memadamkan api yang membakar anaknya Rana dengan cara memeluk anaknya itu menyebabkan dia turut terbakar.

Bapa Saiful ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka bahawa anaknya itu tergamak berbuat begitu kerana sebelum ini hubungan mereka amat baik serta tiada sebarang masalah.

Selepas kejadian Saiful dikatakan telah melarikan diri namun begitu tidak lama selepas itu dia telah menyerah diri di balai polis serta mengakui bahawa dia telah membakar keluarga tirinya itu kerana curiga dengan ibu tirinya yang didakwa sengaja merosakkan motor miliknya serta keberatan ibunya yang tidak mahu memberikan duit untuk membaiki motorsikalnya menyebabkan dia merasa begitu marah sehingga sanggup bertindak begitu.-Suara.TV
Mangsa

Suami mangsa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.