Keluarga Pengantin Usung Duit Rm600,000, Bukti Kekayaan Kepada Bakal Besan.

China - Kos perkahwinan yang tinggi memaksa setiap ahli keluarga bekerja keras untuk menyimpan wang bagi kegunaan anak mereka apabila mahu melangsungkan perkahwinan.

Sekumpulan keluarga pengantin lelaki melakukan cara yang amat luar biasa bagi membuktikan bahawa pengantin lelaki tersebut mampu memberikan kemewahan serta menyara pengantin perempuan.

Mereka sanggup mengusung berbakul-bakul wang kertas berjumlah RM600,000 ke rumah pengantin perempuan hanya kerana mahu menunjukkan kekayaan kepada keluarga besan mereka.

Pengantin lelaki juga tidak terkecuali daripada turut serta dalam mengusung duit tersebut.

Manakala kereta mewah kelihatan turut mengiringi rombongan itu, yang sanggup berjalan kaki sambil membawa wang tunai terbabit.

Bagi mengalu-alukan rombongan pengantin lelaki, permaidani merah telah dibentangkan sebagai cara menyambut pengantin lelaki.

Mereka kemudiannya menyerahkan wang tersebut kepada keluarga pengantin perempuan.

Kejadian ini menarik perhatian netizen yang rata-rata ada yang memberikan komen mengatakan sengaja hendak menunjuk-nunjuk serta tidak kurang juga yang mengatakan cara tersebut amat berbahaya kerana terlampau menarik perhatian takut ada yang berniat jahat.

Namun begitu bagi keluarga pengantin itu hanyalah cara mereka menunjukkan kelayakkan anak mereka mampu menjaga bakal isterinya.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.