Ibu Lebih Rela Buang Anak Daripada Merawat Penyakit Kronik Anaknya.

Anhui, Cina – Sepasang suami isteri sanggup membuang anak mereka yang menghidap penyakit Hempedu Atresia daripada menghabiskan duit merawat anak mereka.

Ibu kepada bayi malang tersebut berkata, "Daripada kami menghabiskan begitu banyak duit untuk merawatnya, kenapa tidak saya lahirkan anak yang lain sahaja?". Ibu bayi tersebut dikatakan sudah berputus asa untuk merawat bayinya itu kerana tidak memiliki duit.

Mengikut laporan yang dipetik daripada China Press, bayi perempuan tersebut yang dikenali sebagai Xio Mong Han dilahirkan pada Januari 2017 di Wilayah Anhui dan dikatakan sering menangis tanpa berhenti menyebabkan orang tuanya membawa bayi mereka itu ke sebuah klinik bagi memeriksanya.

Ketika diperiksa oleh doktor, Han dikatakan telah disahkan menghidap penyakit Hempedu Atresia yang melibatkan hati dan saluran hempedu bayi yang jarang sekali ditemui serta jika tidak dirawat akan menyebabkan kematian.

Doktor yang merawat Han telah menyarankan agar Han segera menjalani pembedahan namun ketika ibu bapa Han diberitahu mengenai kos pembedahan tersebut, mereka terus berputus asa untuk merawat anak mereka kerana dikatakan kos bagi rawatan tersebut memakan belanja yang besar.

"Daripada menghabiskan begitu banyak duit untuk merawatnya, kenapa tidak saya lahirkan anak yang lain?" kata si ibu.

Oleh kerana begitu terdesak untuk membuang anak mereka itu, ibu bayi tersebut telah menghantar bayinya yang baru berusia tiga bulan tersebut kepada kedua orang tuanya yang juga merupakan datuk serta nenek bayi itu.

Dia telah mmeberitahu segalanya mengenai penyakit serta kos rawatan bagi merawat Han kepada kedua orang tuanya itu serta sempat meninggalkan pesan kepada ibu bapanya, "Buatlah apa yang patut dengan Han dan kalau tidak mampu selamatkan dia menyuruh mereka membuang sahaja Han." 

Han yang sering tersenyum ketika didukung oleh nenek dan datuknya membuatkan wanita tua itu terasa sedih untuk mengabaikannya tetapi dalam waktu yang sama mereka juga tidak mampu menanggung kos rawatan cucunya itu.

Setelah berfikir, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menyelamatkan Han walaupun mereka terpaksa menggunakan semua duit simpanan mereka yang telah lama dikumpulkan bagi menampung hidup mereka.

Namun begitu duit simpanan mereka telah habis di gunakan bagi menampung dua pembedahan yang di jalani oleh Han sehinggakan mereka terpaksa meminjam duit dari bebrapa pihak, akan tetapi penyakit Han tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

Mengikut daripada kata Doktor, Han perlu menjalani satu lagi pembedahan serta rawatan berkala kerana hanya itu sahaja peluangnya untuk terus hidup.

Mereka cuba untuk menghubungi kedua ibu bapa Han namun semuanya tidak berjaya, turut diberitahu bahawa neneknya terpaksa menjaga Han di hospital manakala datuknya pula terpaksa keluar bekerja untuk mencari duit sebanyak yang dia mampu bagi membiayai rawatan Han.


"Kami sudah berusaha sehabis mungkin. kini hanya berserah kepada Tuhan saja, "katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.