Hasrat Khalid Ali Bertemu Tunku Ismail Mungkin Tercapai.

Sebelum ini rata-rata peminat bola sepak tahu tentang Khalid Ali yang membidas Tunku Ismail ketika Tunku Ismail mahu bertanding kerusi presiden Persatuan Bola SepakMalaysia (FAM) dengan mengatakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak sesuai diangkat selaku Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tapi kali ini Khalid Ali sedia bertemu Tunku Ismail untuk menyumbangkan idea berkaitan bola sepak negara.

Menurut laporan Hasrat Bernama, legenda bola sepak negara, Khalid Ali untuk bertemu presiden Persatuan Bola SepakMalaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin menjadi kenyataan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jika bekas pemain era 80-an itu ikhlas untuk menyumbangkan idea berkaitan bola sepak negara, tiada sebarang masalah untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Hamidin berkata Khalid yang merupakan watak utama dalam kejayaan pasukan negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 mungkin mempunyai pandangan yang berguna dan tidak menolak kemungkinan akan wujudnya satu impak positif hasil daripada pertemuan tersebut.

"Saya rasa mungkin ada impak yang positif yang akan terhasil jika diadakan pertemuan itu.

"Jika hasrat Khalid itu ikhlas untuk membantu memberikan idea bagi memajukan lagi bola sepak negara, saya rasa tiada isu yang perlu kita khuatirkan," katanya kepada pemberita pada majlis RumahTerbuka Aidilfitri bersama warga bola sepak tanah air di kediamannya di sini, hari ini.

Hamidin seterusnya menjelaskan Khalid tidak perlu menunggu maklum balas daripada TMJ, sebaliknya boleh menghubungi beliau dan menyerahkan hal berkaitan pengaturan pertemuan itu kepadanya.

"Hubungi saja saya atau pun pegawai khas TMJ. Saya sendiri akan sampaikan kepada TMJ dan mengaturkan segala perkara berkaitan pertemuan itu nanti," tambahnya.

Rabu lepas Khalid yang dihubungi Bernama menyatakan hasrat untuk bertemu TMJ bagi memberi sokongan kepada baginda dalam memajukan bola sepak negara susulan kekalahan 1-2 Harimau Malaya kepada Lubnan dalamkempen kelayakan Piala Asia 2019 pada 14 Jun yangmenyaksikan TMJ dihujani kritikan berikutan kekecewaan itu.

Khalid turut mengulas gesaan yang dibuat Presiden Johor Darul Tazim (JDT), Tunku Tun Aminah yang mahuTMJ meninggalkanFAM dan pulang semula bagi mengendali pasukan JDT sebagai tindakan yang mampu memusnahkan jutaan harapan peminat tempatan untuk melihat pembaharuan yang ingin dibawa TMJ.

Khalid bercadang bertemu Tunku Ismail bersama bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal dan pengendali pasukan Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan serta beberapa legenda bola sepak negara. -Bernama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.