Khairul Hafiz Jantan DigugurkanDaripada Beraksi
Keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia membuatkan keputusan menggugurkan Khairul Hafiz Jantan yang terkenal dengan julukan ‘The Speedy Jantan’ daripada beraksi dalam kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 yang diadakan di Birmingham, England dari 1 hingga 4 Mac depan. Raja pecut yang pernah mencatatkan larian dalam acara pecut 100m lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam masa 10.38 saat sehingga melayakannya mendapat pingat emas meluahkan rasa kecewa kerana pelbagai persediaan telah dilakukan dan dia berpendapat pelari pecut sepertinya perlu beraksi untuk larian 60 meter. Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim telah mengumumkan pelari lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail yang akan menyertai kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 akan datang. Nama Khairul Hafiz tidak tersenarai berikutan keputusan telah dibuat ekoran jurulatih Khairul Hafiz tidak memberikan kata putus sehingga tarikh tutup pendaftaran 1 Disember lalu. Mohd Poad Md Kassim selaku juru...