Adira Pasrah Andai Suaminya Berubah Arah Kerana Bentuk Badannya Tidak Seperti Dulu.

Setiap wanita yang sudah pun berkahwin pasti menginginkan zuriat sendiri, namun mereka juga harus menerima kenyataan bahawa bentuk badan akan berubah selepas mereka melahirkan anak.

Bagi mengekalkan bentuk badan yang tip top selepas bersalin memang sesuatu yang agak sukar dan amat membimbangkan kaum ibu di luar sana.

Itulah juga yang di alami oleh penyanyi Adira yang pasrah seandainya penampilannya selepas bersalin kurang disenangi suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Adira, 25 tahun, berkata walaupun berat badannya sudah menyusut 25kg namun untuk kembali ke bentuk asal sesuatu yang mustahil.

“Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu.

“Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu.

“Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan,” katanya, lapor ProjekMMO.

Ditanya kemungkinan Adnan berubah hati ekoran penampilannya kini, Adira berkata: “Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan.”

Adira melahirkan anak pertama pada 10 Mac lalu yang juga anak keenam Adnan yang diberi nama Anggerik.

Melahirkan melalui kaedah pembedahan, Adira berkata berat badannya kini sekitar 49kg walaupun pernah mencecah 74kg semasa kehamilan.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.