Video Kantoi, Wanita Rembat Barang Kemas 50K.
Kedah – Baru
hari pertama pekerja, seorang wanita telah mencuri barang kemas bernilai hampir
RM50,000 di sebuah kedai emas di Kulim.
Dalam kejadian jam 6 petang di kedai Goldfinch, cawangan
Tesco Kulim semalam, suspek, Ellieya, 29 tahun, didakwa telah mencuri barang-barang
kemas tersebut semasa rakan sekerjanya pergi ke tandas.
“Dia masuk kerja 24 Mei jam 4 petang. Bila kami minta kad
pengenalannya, dia memberikan alasan terlupa bawa. Jadi kami pun kata, esok dia
kena bagi.
“Ketika seorang kakitangan pergi ke tandas, dia mengambil
kesempatan itu untuk mencuri barang-barang kemas.
“Apabila rakan sekerjanya kembali, suspek memaklumkan dia
mahu keluar makan, sebelum terus melarikan diri,” kata pengendali laman
Facebook Kedai Emas Goldfinch.
Semakan video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan,
suspek telah mencuri barang-barang kemas tersebut dan memasukkannya ke dalam
pakaian.
Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan berkenaan
selepas mendapati terdapat pelbagai jenis barangan kemas bernilai hampir
RM50,000 hilang, sebelum membuat laporan polis.
Justeru, Kedai Emas Goldfinch menawarkan ganjaran RM3,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menangkap suspek.
Ulasan
Catat Ulasan