Tidak Sangka Ikan Lompat Dalam Mulut

NEW DELHI – Seorang lelaki melalui pengalaman ngeri apabila seekor ikan hidup tersangkut di dalam kerongkongnya ketika dia berenang di sebuah kolam di kampungnya.

Santosh Ku Dash, 30, dari kampung Potadhia di Balasore sedang menangkap ikan itu menggunakan tangannya ketika berenang bersama rakannya, lapor Metro.

Disebabkan keterujaannya, dia membuka mulut untuk menjerit memanggil rakannya namun tanpa disangka ikan itu melompat terus ke dalam tekaknya, menyebabkannya tercekik.

Akibatnya, Dash tidak dapat bernafas selain kesakitan dan dikejarkan ke hospital. Doktor cuba mengeluarkan ikan itu tetapi gagal dan menghantarnya ke hospital lain.

Dr Sanjeev Gupta yang merawatnya berkata, hasil pemeriksaan mendapati luka teruk di dalam kerongkong Dash manakala ekor ikan itu dapat dilihat dengan jelas.

“Kami memberikannya bius dan mengeluarkan ikan itu menggunakan penyepit,” katanya.

Menurutnya, Dash terpaksa makan menggunakan tiub selama 10 hari sebelum dibenarkan pulang.-Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.