Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Binatang

Video Anjing Diikat Dan Diseret Penunggang Motosikal

Imej
Satu video berdurasi 1 minit dan 40 saat menunjukkan satu peristiwa di mana seekor anjing telah diikat dan di bawa lari oleh dua orang penunggang motosikal saat anjing tersebut sedang berehat di atas tangga. Pada awalnya, kelihatan dua orang lelaki yang menaiki motosikal meninjau kawasan terbabit berulang kali di mana mereka juga turut meninjau kawasan sekitarnya. Namun pada saat-saat akhir, dua ekor anjing mulai kelihatan namun hanya seekor sahaja anjing yang berada di tempat kejadian. Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan kampung di mana tiada orang awam yang melalui kawasan terbabit serta kawasan tersebut juga kelihatan sangat sunyi. Rakaman ini dirakamkan melalui satu rakaman cctv di sebuah rumah di mana saat-saat akhir video ini menunjukkan dua lelaki terbabit mendekati anjing tersebut dan mula menjerut kepalanya dengan menggunakan tali. Sebaik sahaja berjaya menangkapnya, lelaki terbabit terus membawa lari anjing terbabit dengan menggunakan motosikal. Editor: Iera

Terima 57 Jahitan Gara-Gara Tangan Dibaham Buaya

Imej
KALIMANTAN: Satu detik mengerikan telah berlaku kepada seorang lelaki apabila tangannya di sebelah kanan telah dibaham buaya ketika dia asyik membuang air besar di Sungai Dumaring, Borneo Kalimantan pada jam 6.30 petang semalam. Difahamkan, pengalaman ngeri itu telah berlaku ke atas mangsa yang hanya dikenali sebagai Saharuddin yang baru sahaja berusia 21 tahun. Menceritakan mengenai detik-detik mencemaskan itu, mangsa memberitahu bahawa dia juga sempat untuk melawan buaya berkenaan untuk menyelamatkan dirinya daripada dibaham namun dia tidak menyangka bahawa dia akan kehilangan sebahagian tangannya itu. Ibu kepada mangsa yang kebetulan berada di tempat kejadian menceritakan bahawa anaknya itu dikatakan sedang mengambil air dari sungai terbabit namun belum sempat dia bertindak sedemikian, tangannya itu terus diterkam oleh buaya yang kebetulan berada di kawasan terbabit. Namun, mangsa sempat melawan dan menyelamatkan diri sebelum dia berlari memohon bantuan daripada penduduk kampung. ...

Dua Orang Maut Dipijak Gara-Gara Gajah Naik Minyak

Imej
BANGLADESH: Seekor gajah dipercayai berang dan naik minyak apabila gajah terbabit telah mengamuk dan merempuh sebuah kem pelarian yang didiami oleh pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh. Dalam kejadian terbabit, dua orang pelarian termasuk seorang kanak-kanak telah meninggal dunia gara-gara dipijak oleh gajah berkenaan. Kejadian itu bagaimana pun telah menyebabkan hampir kesemua pelarian bertempiaran lari meninggalkan tempat tinggal masing-masing daripada menjadi mangsa keganasan gajah terbabit. Detik-detik cemas itu juga turut dirakam di mana kebanyakan daripada mereka mencuba sedaya upaya untuk menghalau gajah terbabit namun gajah itu didapati semakin liar dan tidak dapat dikawal. Akibat daripada tindakan gajah terbabit, hampir beberapa pondok yang menjadi tempat pelindungan pelarian tersebut telah musnah kerana dipijak oleh gajah terbabit. Difahamkan, kejadian seperti ini kerap berlaku di kawasan terbabit namun untuk kali ini kejadian ini telah meragut nyawa buat kali perta...

Harimau Sakit Gigi, Minta Bantuan Penduduk Kampung Untuk Diubati

Imej
RUSSIA- Harimau atau dipanggil harimau belang atau pak belang merupakan spesies binatang terbesar atau di panggil "kucing besar". Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan memakan daging. Kebiasaan nya seekor harimau akan tidak suka akan kehadiran manusia yang di anggap cuba mengancam habitat mereka. Namun seekor harimau di Siberia bertindak sebalik nya. Haiwan yang terkenal dengan sifat keganasannya ini dipercayai memasuki sebuah rumah di perkampung terpencil bernama Solontsovy, utara Vladivostok, timur laut Rusia. Menurut laporan yang diambil dari laman Metro.co.uk, harimau jenis Amur ini dikatakan merebahkan diri nya di satu kawasan yang sunyi tanpa menunujkan sebarang reaksi untuk menyerang manusia. Rupa-rupanya,harimau betina yang memerlukan pertolongan daripada manusia ini mengalami sakit gigi. Galina Tsimano, seorang penduduk yang tinggal di wilayah tersebut terkejut semasa terlihat seekor kucing besar di anjung rumah j...

Tembak Dan Penggal Kepala Orang Utan Sebelum Buang Dalam Sungai.

Imej
INDONESIA: Seekor orang utan disyaki telah ditembak sehingga mati oleh dua orang lelaki warga tempatan di sini semalam. Lelaki terbabit dikatakan telah melepaskan 17 das tembakan terhadap orang utan terbabit sehingga menyebabkan binatang malang itu terus meninggal dunia. Sebaik sahaja membunuh, lelaki terbabit juga dipercayai telah membiarkan mayat itu reput sebelum bertindak membuang bangkai orang utan itu ke dalam sungai. Menurut laporan daripada suspek, mereka yang bekerja sebagai penoreh getah itu mendakwa bahawa mereka bertindak sedemikian kerana ingin mempertahankan diri dan mereka takut apabila orang utan dikatakan berada di hadapan mereka. Dalam pada masa yang sama, mereka juga turut mengaku membunuh orang utan itu, yang mana kepalanya ditemui pada bulan lepas. Bagaimana pun, bulu pada badan binatang itu juga telah dibakar dan kejadian tersebut telah mengakibatkan para aktivis dan sukarelawan marah kerana tindakan itu telah mengancam spesies yang dianggap jarang ditemui. Oran...

Lukisan Ini Terjual Lebih R.M 16 000, Anda Tentu Tidak Percaya Siapa Yang Melukisnya..

Imej
Babi merupakan salah satu haiwan ternak yang popular dan selalu diternak untuk di ambil dagingnya. Haiwan yang memiliki muncung pendek dan hidung leper ini merupakan jenis mamalia yang cerdas bahkan boleh menjadi haiwan peliharaan yang lebih pintar berbanding anjing dan kucing. Berbeza dengan babi-babi yang lain, babi Afrika yang bernama Pigcasso ini memiliki kemampuan luar biasa kerana pandai melukis dan boleh menghasilkan berbagai lukisan abstrak. Mirror.co.uk melaporkan Pigcasso dipelihara sejak berusia empat minggu setelah diselamatkan dari sebuah ladang penternakan di Afrika Selatan dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Joanne Lefson, pemilik babi tersebut dapat melihat bakat seni Pigcasso setelah cukup lama memeliharanya. Lebih hebat lagi, lukisan hasil karya Pigcasso mampu dijual dengan harga yang mahal apabila salah satunya terjual dengan harga 3.000 pound sterling atau Rp 56,7 juta (RM16 000). "Dia tiada beza deng...

3 Gambar Tapir Jantan Maut Dilanggar.

Imej
RAUB: Kerana dilanggar oleh sebuah kereta, seekor tapir jantan dewasa ditemui mati di Jalan Budu-Dong, dekat Kampung Tualang Padang semalam. Tapir adalah salah satu haiwan yang dikategorikan sebagai terancam itu, dianggarkan seberat 250 kilogram (kg) dan dipercayai melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit. Kejadian itu dikatakan hanya disedari oleh penduduk kampung kira-kira pada jam 1.50 tengah hari yang kebetulan melalui jalan tersebut sebelum dia bertindak menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Menurut orang kampung, jalan berkenaan adalah jalan yang sunyi dan jarang dilalui penduduk berikutan ianya agak terpencil dan jauh daripada penempatan. Sebaik sahaja dihubungi, tujuh kakitangan daripada PERHILITAN Raub dan Lipis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan bangkai haiwan yang mempunyai nama saintifik iaitu Tapirus Indicus. Menurut Pengarah PERHILITAN Pahang, Ahmad Azhar Mohammed, berdasarkan pemeriksaan ...

9 Gambar: Lelaki Temui Ajal Di Belit Ular Sawa

Imej
BANTING- Seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dibelit seekor ular sawa di Jalan Haji Ibrahim pada awal pagi tadi. Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri ,berkata mangsa yang dikenali sebagai Zaim Khalis Kosnan,35,telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Pihak kami telah menerima panggila kecemasan pada jam 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian selepas panggilan kecemasan itu diterima. "Sebaik sahaja pasukan penyelamat kami sampai di lokasi kejadian, kami menemui seekor ular sawa sepanjang 2.4 meter dan sudah pun mati akibat dipukul oleh orang awam,"katanya. Menurut laporan,mayat mangsa kini masih berada di Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Editor: Ila

Akibat Dibelit Ular Sawa, Lelaki Ini Temui Ajalnya

Imej
BANTING- Seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dibelit seekor ular sawa di Jalan Haji Ibrahim pada awal pagi tadi. Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri ,berkata mangsa yang dikenali sebagai Zaim Khalis Kosnan,35,telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Pihak kami telah menerima panggila kecemasan pada jam 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian selepas panggilan kecemasan itu diterima. "Sebaik sahaja pasukan penyelamat kami sampai di lokasi kejadian, kami menemui seekor ular sawa sepanjang 2.4 meter dan sudah pun mati akibat dipukul oleh orang awam,"katanya. Menurut laporan,mayat mangsa kini masih berada di Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Editor: Ila

Gambar Dan Video Manusia Bakar Binatang Eksotik Hidup-Hidup

Imej
RAKAMAN video serta gambar kejam dan menyayat hati yang menyaksikan kucing dan anjing dibakar hidup-hidup di sebuah pasar di Indonesia mendapat bantahan daripada  persatuan asasi haiwan. Kempen dari kumpulan persatuan ini, 'Dog Meat-Free Indonesia' itu mendesak dan memaksa pihak berkuasa menutup pasar haiwan hidup di negara itu, di mana mereka mendapati beribu-ribu ekor anjing dan kucing dibunuh tanpa belas kasihan setiap minggu. Video yang dirakamkan oleh ahli persatuan kumpulan tersebut di pasar ekstrim di bandar Tomohon dan Langowan, pulau Sulawesi menunjukkan pelbagai jenis haiwan dibakar, dipukul dan dibunuh hidup-hidup, termasuklah monyet, kucing dan kelawar. Haiwan-haiwan ini dijual secara terbuka. Antara tindakan yang paling kejam di pasar ini adalah anjing dibakar di tengah jalan di sepanjang gerai yang kotor. Anjing dan kucing yang dilihat dikurung berhimpit di dalam sangkar kecil nampak ketakutan melihat apa yang berlaku di sekitar mereka. Lola Webb...

7 Gambar Badak Ini Nak Buang Air Pun Mesti Kena Dijaga Oleh Tentera.

Imej
Sudah pasti kita pernah mendengar nama Sudan dan pasti kita akan berfikir bahawa Sudan merujuk kepada sebuah negara yang terletak di Utara Afrika. Namun, tekaan kita itu salah kerana Sudan adalah satu nama yang unik yang telah diberikan kepada seekor binatang. Apa yang uniknya mengenai binatang ini adalah dia selalu sahaja didampingi oleh tiga atau empat orang tentera yang memegang senapang di mana tentera tersebut akan menjaganya walau ke mana sahaja dia pergi. Sudan bukanlah presiden, jutawan mahupun artis tetapi Sudan merupakan seekor badak yang berusia 40 tahun dan ianya hanya boleh ditemui di Kenya. Bagaimanapun, Sudan dikatakan telah dikawal dengan begitu ketat sehingga tiada sesiapa yang boleh mendampinginya kerana Sudan adalah satu-satunya Badak Putih Utara atau nama saintifiknya 'Ceratotherium simum cottoni' yang berjantina jantan yang ada di dunia ini. Oleh sebab itulah, Sudan telah dikawal rapi kerana jika Sudan mati ditembak atau terkena apa-apa, maka baka Badak...