Suspek Kes Samun Dan Rogol DI Kedai Judi Berjaya Ditahan

SERDANG: Seorang daripada dua suspek yang terbabit dengan kejadian samun dan rogol di sebuah pusat judi di Bandar Kinrara, dekat sini, minggu lalu, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata penganggur berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Kuala Selangor pada jam 5.30 petang.

Katanya, seorang lagi suspek yang turut terbabit dalam kejadian itu masih dikesan namun identitinya sudah dikenal pasti.

"Ia berlaku pada 11 Mei lalu dan pemilik premis hanya membuat laporan dua hari kemudian selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kes itu viral di media sosial.

"Hasil siasatan berjaya membawa kepada tangkapan seorang suspek di rumah sewanya di Kuala Selangor.

"Semakan terhadap suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan ujian air kencing yang dijalankan turut positif methamphetamine," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini sebentar tadi.

Megat Mohamad Aminuddin berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.

Katanya, setakat ini mangsa wanita warga Indonesia belum tampil membuat laporan dan dikatakan menghilangkan diri selepas kejadian bersama seorang lagi pekerja premis itu, seorang lelaki warga Bangladesh.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan viral di media sosial sejak Jumaat lalu menunjukkan dua lelaki merogol seorang wanita secara bergilir-gilir.

Rakaman video berdurasi empat minit lima saat itu nyata menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata mereka menggesa pihak polis menyelesaikan kes itu dengan segera.-Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.