Pengarah KiniTV Didakwa Siar Video Jelik, Video Khairuddin mengkritik Peguam Negara.

Kuala Lumpur – Pengarah portal berita video KiniTV didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghantar komunikasi jelik melalui video memaparkan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Sri Khairuddin Abu Hassan mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Julai tahun lalu.

J. Premesh Chandran, 48, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, Premesh  Chandran yang dinamakan sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa telah secara sedar memulakan penghantaran satu komunikasi yang bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain berupa paparan video dalam dua versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Dua video berkenaan adalah dengan tajuk Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately dan Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan.



Kedua-dua video berkenaan dipaparkan di pautan http://www.kinitv.com/video/3670308 dan http://www.kinitv.com/video/36708074 pada pukul 1.14 petang dan 1.34 petang, 27 Julai tahun lalu.

Kedua-dua video berkenaan telah dilihat di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, pada pukul 10 pagi, 2 Ogos tahun sama.

Kesemua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 244(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, jika sabit kesalahan.

Premesh  Chandran sepatutnya dituduh bersama KiniTV dan seorang lagi pengarahnya, Steven Gan pada 18 November tahun lalu atas pertuduhan sama, bagaimanapun pendakwaan itu tidak dilaksanakan ekoran beliau berada di luar negara atas satu urusan lain. – Utusan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.