Pelanggan Tertipu Popia Inti Keropok Lekor

Ramai Netizen mengadu kena tipu dengan perniga bazaar ramadhan tahun ini.

Ramai Netizen mengadu kena tipu dengan perniga bazaar ramadhan tahun ini.

Menurut laporan Suara.TV seorang pelanggan meluahkan rasa terkilan apabila makanan yang dibelinya tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki itu telah membeli tiga biji popia berinti otak-otak berharga RM2 namun hakikatnya hidangan itu mengandungi inti keropok lekor.

“Tadi petang (semalam) saya pergi bazar Ramadhan di Johor Bahru. Saya membeli popia, ketika itu ada pelanggan lain yang bertanyakan inti popia itu.

“Jawab peniaga, intinya otak-otak. Saya pun terfikir-fikir bagaimanakah inti otak-otak. Harga popia itu tiga biji RM2.

“Selepas berbuka puasa saya makan popia itu, rupa-rupanya inti dalamnya keropok lekor. Habis saya dan pelanggan lain kena tipu,” tulisnya, lapor sebuah portal.

Sementara itu, netizen turut mengecam penjual yang berniaga dengan mengambil kesempatan di bulan Ramadhan.

Luahan hatinya menarik reaksi terhadap penjual yang tidak bertanggungjawab.

“Ketika bulan puasa memang ramai orang berniaga, yang tak pernah pegang kuali pun teringin jugak nak berniaga.

Jadi kualiti makanan yang dibeli pun faham-fahamlah, kadang-kadang donut pun rupa macam cucur badak, lain kali pakailah otak biarpun anda hanyalah si penjual otak-otak” tulis Lusekmili Bin Lusiddin.

“Tadi di bazar Taman Cempaka, Melaka, beli beriani kambing dah tanya harga RM10 yang lain murah sikit. Sekali balik umah beriani lauk ikan bayar harga kambing.

Pertama kali jumpa beriani ikan,” kongsi kisah Hafiz Hassin.

Shahruddin Selamat menulis, “Nama saja bulan Ramadhan tapi semua pakat sembelih putus kepala, baik dari barang basah sampailah yang meniaga di bazar, kualiti makanan tak tara mana pun, lauk semalam pun dijual lagi, ramai peniaga Melayu ambil kesempatan pada bulan puasa ini, harga makanan naik dua kali ganda dari bulan-bulan lain.

Bukan nak hina bangsa sendiri tapi itulah kenyataannya. Yang diambil kesempatan bukan bangsa lain tapi bangsa sendiri, apa lah.” - Suara.TV
loading...

COMMENTS

Nama

Artis,165,Artis Dalam Negara,78,Artis Luar Negara,49,Berita Menarik,907,Berita Semasa,759,Binatang,17,Cabul,16,Curang,18,Curi,1,Dera,19,Gaduh,24,Gambar,39,Islam,106,Kantoi Luar Negara,56,Kecuaian,8,Kejam,88,Kemalangan,26,Kes Bunuh,68,Kes Kantoi,325,Kes Rogol,223,Kesihatan,63,Kisah Nabi,1,Luar Negara,792,Makanan,9,Maksiat,27,Marah,12,Movie,2,Movie Trailer,4,Penipuan,11,Perang,7,Politik,84,Politik Dalam Negara,53,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,45,Rogol Dalam Negara,29,Rogol Luar Negara,32,Rompak,7,Rumah Tangga,265,Samseng,12,Samun,6,Sedih,27,Selebriti,13,Seram,8,Sesat,4,Sukan,53,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,13,Sumbang Mahram,6,Video,546,Video Dalam Negara,95,Video Kantoi,50,Video Luar Negara,122,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Pelanggan Tertipu Popia Inti Keropok Lekor
Pelanggan Tertipu Popia Inti Keropok Lekor
Ramai Netizen mengadu kena tipu dengan perniga bazaar ramadhan tahun ini.
https://4.bp.blogspot.com/-R1E7Ij7fd2o/WSp9dLyboDI/AAAAAAAAi8o/ClgqA0LBPKgZo1IggSWzBoYfI_yZEop8gCLcB/s1600/WJ%2B%25281%2529.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-R1E7Ij7fd2o/WSp9dLyboDI/AAAAAAAAi8o/ClgqA0LBPKgZo1IggSWzBoYfI_yZEop8gCLcB/s72-c/WJ%2B%25281%2529.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/05/pelanggan-tertipu-popia-inti-keropok.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2017/05/pelanggan-tertipu-popia-inti-keropok.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy