10 Gambar: Baru 3 Jam Berkahwin, Pengantin Lelaki Dihukum Penduduk Kampung.
INDIA – Seorang suami diceraikan tiga jam selepas berkahwin
dan kepalanya dicukur sebagai hukuman, selepas isterinya mendakwa lelaki itu
tamak dan telah berkahwin dengan lelaki lain pada hari yang sama, lapor Daily
Mail.
Rubana Parveen, 18, berkahwin dengan Muntaj Ansari, 26, pada
pagi Rabu di kampung Chandwa, barat India.
Namun selepas selesai perkahwinan yang dilangsungkan
mengikut adat muslim itu, pemandu beca roda tiga (auto) itu mula menuntut mahar
yang besar dan berkeras mahu membeli sebuah motosikal mahal.
Bapa pengantin perempuan, Bashir-ud-din Ansari, 58, yang
memiliki sebuah hotel bagaimanapun telah membelikannya sebuah motosikal, tetapi
Muntaz tidak berpuas hati dan meminta dibelikan motosikal jenama yang lebih bagus.
“Orang ramai meminta pengantin lelaki bertenang dan
memujuknya menerima motosikal yang diberikan itu. Tetapi dia terus mengugut
mahu keluar rumah tanpa isterinya.
“Pengantin lelaki dan bapa Rubana bertengkar dan keadaan
menjadi tidak terkawal dan memalukan,” kata saksi.
Pengantin perempuan, Rubana kemudian mengambil keputusan
untuk menghubungi Tok Kadi, dan dengan sokongan kesemua ahli keluarganya, Rubana membatalkan perkahwinan itu dan
sekaligus ‘menceraikan’ suaminya.
Bashir-ud-din berkata, beliau akan memastikan keluarga
Muntaz mengembalikan kesemua hadiah dan mas kahwin yang telah dibayar.
Malu dengan kejadian itu, keluarga Muntaz menulis surat dan
memohon maaf serta berjanji akan memulangkan kesemua barangan yang dipinta.
Penduduk kampung yang berang dengan perangai Muntaz kemudian
menghukumnya dengan menggantungkan kasut dan kertas tertulis, “Saya tamakkan
mas kahwin”. Malah, rambutnya turut dicukur, termasuk abangnya yang turut
dikenakan hukuman sama.
Tidak beberapa lama kemudian, Bashir-ud-din, bapa kepada
empat orang anak itu, mengatur perkahwinan untuk anak perempuannya dengan
lelaki lain.
Beliau menghubungi keluarga Mohammed Elias, 25, dan
merancangan perkahwinan mereka pada petang pada hari yang sama. Pada sebelah
malam, perkahwinan mereka berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah
dirancang dalam masa yang singkat itu.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Saya gembira
anak perempuan saya tidak perlu menghabiskan masa bersama lelaki tamak itu.
Ulasan
Catat Ulasan