Video Isteri Bunuh Suami Dan Sumbat Mayat Dalam Beg.
Mayat
seorang lelaki berusia 40 tahun ditemui dalam sebuah beg pakaian yang disimpan
di dalam kereta BMW berhampiran rumahnya di Punjab pagi semalam
Mangsa dikenali sebagai Ekam Singh Dhillon dipercayai
dibunuh isterinya Seerat dengan bantuan abang dan rakannya.
Setelah membunuh suaminya, Seerat terus melarikan diri dari rumah dengan
meninggalkan seorang anak lelaki berusia 11 tahun dan seorang anak perempuan
berusia lima tahun.
Mayat dalam beg pakaian berkenaan telah ditemui oleh pemandu beca
yang berkebetulan lalu di kawasan itu.
Katanya dia melihat dua orang perempuan meletakkan beg yang
seolah-olah nampak berat itu kedalam kereta.
“Mereka meminta bantuan saya untuk mengangkatnya dan saya
mula berasa curiga apabila tangan saya berlumuran darah” “katanya.
Mayat mangsa dihantar kehospital untuk di bedah siasat
tetapi bedah siasat tidak dapat dijalankan kerana ahli keluarga tidak
membenarkan.
Siasatan awal mendapati tingkat satu bahagian rumah dimana
mangsa tinggal terdapat kesan darah. Penghuni rumah tingkat bawah berkata
pasangan itu telah menyewa di rumah berkenaan sejak 15 hari lepas.
Selain itu ditemui pistol
9mm berlesen atas nama Seerat dipercayai digunakan dalam pembunuhan
itu.
Dhillon yang bekerja di kebun teh mangsa sejak 15 tahun lalu
berkata mangsa tinggal berasingan sejak akhir-akhir ini.
Selain itu mangsa juga dikatakan bertemu dengannya dengan
muka penuh tekanan kerana tidak dibenarkan isterinya menjalankan mana-mana
bisnes mereka.
Sementara abang mangsa berkata malam sebelum kejadian adiknya
itu datang menemuinya dalam keadaan menangis dan mengadu atas tekanan yang
diberikan oleh isterinya.
Bagaimanapun Seerat mendakwa telah bertengkar dengan
suaminya kerana suaminya itu kerap balik ke rumah di bawah pengaruh minuman
keras”.
Darshan abang kandung mangsa menafikan tuduhan tersebut dan
mendakwa adiknya itu sudah berhenti minum sejak setahun lalu.
Dimaklumkan Seerat adalah anak saudara pemimpin Kongres Ajit Inder Singh Mofar dari Sardulgarh yang tewas pada pilihan raya bulan lalu.
Video Isteri Bunuh Suami Dan Sumbat Mayat Dalam Beg. pic.twitter.com/nQHaPwEM23— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 21 Mac 2017
Ulasan
Catat Ulasan