Bapa OKU Maut Dipukul Orang Kampung, Dituduh Rogol Anak Sendiri.
Pulau Bornoe: Seorang ayah mengalami nasib malang apabila dihakimi oleh
penduduk kampung Buluk Kumba hingga maut kerana dituduh merogol anak kandung
sendiri, lebih memilukan apabila kejadian main hakim itu turut disertai oleh
anggota polis.
Mangsa yang berusia 38 tahun adalah seorang OKU (Bisu) manakala anak gadisnya yang sarat
mengandung 4 bulan juga dikatakan bisu.
Menurut saksi kejadian, anak mangsa ditanya oleh anggota
polis siapa yang merogolnya hingga mengandung, ketika itu anak mangsa menunjukkan
gambar ayahnya sambil memberi isyarat leher dipotong.
Pihak polis yang menyiasat menyangka bahawa bahasa isyarat
tersebut bermakna “jika gadis itu tidak menuruti kemahuan ayahnya atau kejadian
diceritakan kepada orang lain, dia akan dibunuh”
Pihak polis yang salah faham dengan bahasa isyarat tersebut
terus pergi ke rumah mangsa, bagaimanapun kemarahan penduduk kampung yang terlalu ramai
tidak dapat dikawal sehingga membelasah mangsa sampai maut.
Bagaimanapun selepas mangsa meninggal dunia dalam perjalanan
ke hospital barulah diketahui bahawa sepupunyalah yang merogol anak gadis
mangsa, sementara bahasa isyarat yang di tunjukkan gadis berkenaan sebenarnya
bermaksud “jangan bagi tahu ayah saya hamil, nanti dia bunuh saya”
Dimaklumkan mangsa adalah merupakan seorang banduan yang baru sahaja
bebas dari penjara bulan lalu, sepanjang dia berada dalam penjara anak gadisnya itu di
berikan kepada bapa saudaranya untuk dijaga di kampung berkenaan.
Dipercayai anak gadis mangsa dirogol ketika dia berada dalam tahanan
penjara, lebih mengejutkan apabila suspek yang merogol gadis OKU berkenaan adalah merupakan seorang anggota polis sekaligus merangkap sepupu mangsa rogol.
Ulasan
Catat Ulasan