Video Anak Sepak Ibu Sebab Tak Dapat Main Telefon Bimbit.
GHUANGZHOU - CHINA. Seorang remaja lelaki berusia belasan
tahun sanggup menyepak ibunya bertubi-tubi semata-mata dihalang bermain telefon
bimbit.
Kejadian berkenaan dirakamkan dalam sebuah video klip
berdurasi 10 saat menjadi viral sejak semalam.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku di sebuah hospital di
sini. Remaja lelaki ini dilihat menyepak ke arah badan ibunya
sekurang-kurangnya lima kali dalam tempoh 10 saat.
Walaupun nenek kepada remaja itu turut berada di situ dan
cuba menghalangnya, namun gagal.
Selepas menonton rakaman video klip itu, ramai netizen
melahirkan perasaan marah dan terkejut kerana tidak menyangka seorang anak
berusia belasan tahun tergamak bertindak kasar ke atas ibu kandungnya
sedemikian rupa.-Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan